Pemimpin pembangkang terutama semua Ahli Parlimen DAP dan juga PKR telah mengambil pendekatan yang angkuh dan sombong dalam membuat kritikan terhadap masalah ekonomi negara.
Kerajaan Pakatan Harapan tidak mahu mengakui bahawa negara sedang berusaha keluar dari krisis ekonomi yang sedang melanda dunia sekarang dalam mempelbagaikan sumber penjanaan hasil ekonomi untuk Negara.
Sebaliknya kerajaan Pakatan Harapan terus memanipulasikan keadaan dan menyalahkan kerajaan dengan apa yang sedang berlaku dan terus menghasut rakyat dengan menuduh kerajaan tidak melakukan usaha yang cukup bagi meningkatkan taraf kehidupan rakyat dibawah pemerintahan mereka..
Sewaktu pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengakui bahawa negara mengalami krisis ekonomi pada 1985 dan 1997 . Kedua dua krisis ini amat teruk sehingga pengapungan ringgit terpaksa dilakukan.
Bukan itu sahaja, mereka juga terpaksa menaikkan kadar faedah bank sehingga 13%. Tetapi rakyat terpaksa lalui dan menerima apa sahaja cara untuk mengatasinya sehingga banyak syarikat terpaksa ditutup.
Bila menyentuh bab ekonomi, kerajaan Pakatan Harapan dilihat angkuh dan sombong. Pakatan hanya tahu mengkritik dan menghuru harakan lagi keadaan dalam Negara dengan pelbagai karenah agar kepercayaan rakyat terhadap kerajaan lenyap.
Kesombongan pemimpin Pakatan Harapan menggunakan keadaan ekonomi yang dikatakan berada didalam krisis dengan melakukan pembaziran dan masih boleh bermewah-mewah dengan berpesta arak tanpa mempedulikan keperluan rakyat walaupun sebuah rumah mampu milik.
Kerajaan Pakatan Harapan sebenarnya tidak faham kehidupan rakyat biasa dan tidak bersedia untuk mengakui bahawa Pakatanomics tidak berupaya untuk memenuhi kehendak rakyat Malaysia.
Ketidakmampuan ini sudah amat jelas diperlihatkan apabila kehendak rakyat dalam rumah mampu milik, PPR sebagai asas keperluan tidak mampu dilaksanakan.
Tetapi Pakatanomics ini mampu membelanjakan sebanyak RM30 juta hanya untuk mengecat laluan basikal “berhalang Tiang dan pokok serta divider jalan” sebagai “hadiah” kepada rakyat marhaen. Bijak bukan Pakatanomics membina ekonomi mereka.
Kesombongan Pakatanomics dapat dilihat apabila kebimbangan itu dibangkitkan oleh rakyat, jawapan mereka adalah dengan menyalahkan rakyat yang mengadu dan juga menyalahkan kerajaan pusat untuk mereka melepaskan tengkuk dan diri mereka.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah dilaporkan media, berkata bahawa tidak ada sebab rakyat Malaysia boleh menjadi miskin di negara ini.
Beliau turut memberi contoh rakyat Indonesia yang bekerja di negara ini bagi memberi gambaran bahawa sesiapa pun boleh membina kehidupan di Malaysia jika berusaha.
“Chow Kit tau? Kalau pergi Chow Kit dulu, orang kita (tempatan) yang berniaga, sekarang separuh daripada peniaga di Chow Kit itu orang Indonesia.
“Kalau orang Indonesia boleh hidup di Malaysia, (sepatutnya) orang Malaysia lebih maju,” katanya memetik laporan Malaysiakini.
Sebenarnya Pakatan Harapan sedang mengalami ‘krisis senyap’ ekonomi, namun pentadbiran Pakatanomics tidak mahu mengakuinya. Sebaliknya, kerajaan Pakatanomics sanggup membeli sijil pujian atau menyalahkan mangsa lain seperti kerajaan pusat sedangkan rakyat biasa didalam negeri mereka kini sedang sengsara.
Rakyat negeri Pakatan sedang dibebani dengan kenaikan cukai dan kenaikan tariff yang melampaui batas kehidupan rakyat. Kenaikan dari 400% hingga 36,000% dikenakan kepada rakyat adalah satu bentuk kezaliman.
Semua ini berlaku apabila defisit pengurusan meningkat dengan perbelanjaan tidak berhemah dan banyak berlakunya ketirisan dan rasuah dikalangan pemimpin kleptokrasi Pakatan Harapan semakin meningkat sehingga tidak ada pelabur yang mahu masuk melabur dan membuka peluang perkerjaan kepada rakyat dan meningkatkan teknologinya.
Jumlah rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara seperti di Singapura, United Kingdom dan Australia dalam sektor 3D (kotor, sukar dan berbahaya) meningkat adalah hasil hasutan Pakatan untuk membenamkan tenaga mahir berkhidmat dalam Negara sendiri.
Kerajaan Pakatanomics harus mengakui bahawa negeri Pakatan sedang mengalami krisis ekonomi, sebelum mencari jalan bagi mengatasinya.
Kerajaan Pakatan Harapan mesti berhenti menyalahkan mangsa dan memperolok-olokkan kesengsaraan rakyat dibawah kuasa tadbiran mereka hanya untuk memudahkan mereka menyalahkan pihak lain untuk menutup kelemahan mereka dalam meningkatkan ekonomi rakyat.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini