Get $25 free
loading...

Malaysia mungkin anjur semula perlumbaan F1 jika ekonomi baik, kata Najib

Najib berkata susulan ketiadaan perlumbaan F1 di Litar Antarabangsa Sepang bermula tahun depan, litar itu tidak akan dibiarkan terabai dan menjadi projek “gajah putih”.

najib-f1

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menolak kemungkinan perlumbaan Grand Prix Formula One (F1) akan dipertimbangkan untuk diadakan semula di Malaysia pada masa-masa akan datang.

“Ia tidak bermakna penganjuran F1 tidak boleh dipertimbangkan di masa depan, dengan syarat keadaan ekonomi adalah baik,” kata Najib pada sidang media di Pusat Media SIC hari ini.

Kelmarin, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang Razlan Razali berkata Malaysia tidak akan menganjurkan perlumbaan F1 selepas meskipun ditawarkan secara percuma.

Pada 7 April lalu, Najib mengumumkan Malaysia tidak akan lagi menjadi tuan rumah perlumbaan F1 tahun depan selepas kerajaan bersetuju untuk menamatkan kontrak penganjurannya.

Kontrak itu terpaksa ditamatkan berikutan penurunan ketara hasil pulangan kepada negara berbanding dengan kos penganjurannya.

Perlumbaan Grand Prix F1 di Malaysia hari ini berlangsung untuk kali terakhir di Litar F1 Sepang, selaras dengan keputusan kerajaan menghentikan acara tahunan itu kerana kemerosotan jualan, tontonan dan hasil pelancongan yang berkaitan dengannya.

Kerajaan dan pemegang hak komersial F1 itu menamatkan perjanjian mereka setahun lebih awal daripada tempohnya, yang bermakna perlumbaan tahun ini adalah terakhir.

Grand Prix F1 yang diadakan di Malaysia bermula pada 1999, di Litar Antarabangsa Sepang yang baru, dan menjadi antara legasi ikonik Tun Dr Mahathir Mohamad.

Acara akhir perlumbaan ini boleh disifatkan sebagai penutup tirai legasi beliau menjelang pilihan raya umum ke-14.

Najib yang juga menteri kewangan pertama susulan ketiadaan perlumbaan F1 di Litar Antarabangsa Sepang bermula tahun depan, litar itu tidak akan dibiarkan terabai dan menjadi projek “gajah putih”.

“Litar Sepang akan dimanfaatkan sepenuhnya dan ia tidak akan menjadi projek gajah putih, banyak aktiviti akan diadakan di situ,” katanya dipetik Bernama.

Perdana menteri dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berada di litar ini untuk menyaksikan final perlumbaan Grand Prix F1 Malaysia Petronas 2017.

“Saya datang untuk menonton final perlumbaan F1 yang diadakan di Litar Sepang dengan diruntun perasaan sentimental, kita telah menganjurkan acara ini selama 19 tahun.

“Kita telah menyaksikan acara hebat dan mengujakan ini selama 19 tahun. Kita telah berjaya meletakkan Malaysia dalam peta dunia dengan penganjuran perlumbaan F1. Saya tahu Petronas telah berjaya memahatkan penglibatannya dalam F1, dan juga jenamanya sebagai syarikat minyak negara dan multinasional,” kata Najib.

Najib mengambil perhatian bahawa kerajaan dan menerusi promoter perlumbaan, SIC, kini dalam proses menyusun cara lain untuk diadakan di Litar Sepang.

“Kami akan membangunkan acara permotoran bentuk lain di negara, kami mahu melihat penyertaan lebih banyak rakyat Malaysia. Saya fikir itu yang peminat Malaysia mahu lihat… penyertaan pemandu-pemandu Malaysia,” katanya.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...