Get $25 free
loading...

Kita Tidak Perlu Jual Harapan Dan Janji – PM Najib

Share This:

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasakan hubungan akrab Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Johor adalah antara faktor pembangunan yang menakjubkan berjalan di negeri Johor.

“Sebenarnya tidak payah beritahu sebab saya dah tahu pasal kemajuan yang begitu memberangsangkan yang dicapai Johor, malah saya pernah mengungkapkan ayat yang saya anggap ‘Johor a new economic powerhouse’ (Johor satu kuasa ekonomi baharu) untuk negara Malaysia.

“Ini satu pengiktirafan jelas iaitu kadar pertumbuhan malah nadi pertumbuhan negara berpusat dan dari Johor,” katanya ketika berucap merasmikan Ekspo Johor Berkemajuan 2017 di Kota Iskandar di Iskandar Puteri, Johor hari ini.

Najib berkata ekspo itu diadakan tepat pada waktunya kerana dapat memberikan maklumat lebih jelas dan terperinci ketika ada pihak tertentu cuba mengelirukan rakyat.

“Atau seperti Menteri Besar (Johor) (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) cakap (mereka mendakwa) kita cuba jual kebatilan, harapan dan janji.

“Sebenarnya kerajaan kita tidak perlu jual harapan dan janji sebab kita sudah laksanakan. Kami bukan berjanji tetapi kami sebenarnya sedang menunaikan,” kata Najib.

Perdana menteri turut melancarkan kemudahan pengangkutan awam Bas Rapid Transit, Pelan Induk Kemahiran Johor, Program Perumahan Rakyat dan Dasar Kelestarian Negara pada majlis itu yang dihadiri sama Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.

Majlis turut dihadiri Mohamed Khaled dan barisan Exco kerajaan negeri.

Comments

comments

Related Post

Allahyarham Maznah Hamid Sering Mengadu Keletihan
Kumpulan Berikrar Penderma Organ Perlu Maklumkan K...
BNM Akan Siarkan Nama Institusi Kewangan Yang Lang...
Tidak Adil Bandingkan Penjawat Awam Malaysia Denga...


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...