Get $25 free
loading...

Hina Polis,Pegawai Keselamatan Peribadi Direman Empat Hari

Share This:

Seorang pegawai keselamatan peribadi direman selama empat hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan kes memuat naik status menghina Polis Diraja Malaysia di laman sosial, Facebook.

Lelaki itu ditahan di kawasan parkir sebuah flat di Bandar Damai Perdana, Cheras, pada 6 petang.

Perintah reman itu dibenarkan Penolong Kanan Pemdaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Terengganu, Moradila Ab. Latif.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid berkata, lelaki berusia 35 tahun itu disyaki memuat naik status yang menghina dan mencerca usaha Polis Terengganu mempamerkan sebahagian daripada lebih 600 gambar individu dikehendaki bagi membantu siasatan kes jenayah tertunggak menerusi akaun Facebook miliknya baru-baru ini.

Beliau berkata, suspek akan disiasat mengikut Seksyen 505(A) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...