Get $25 free
loading...

Eina Azman Terima Hadiah Dari Suami Telefon Jenama Vertu Berharga Rm33k

Share This:

Seleberiti terkenal Datin Paduka Ainur Syakina Azman atau lebih popular dengan panggilan Eina Azman berkongsi detik bahagia dihadiahkan suaminya,apabila beliau terima hadiah telefon berharga 33k.

Namun, jenama telefon pintar antarabangsa itu sebenarnya bukan calang-calang kerana harga sebuah telefon pintar Vertu mencecah RM30,000!

“Oh my god! This is what I want. Bila you beli ni yang? So nice. Oh my god! Thank you sayang,” kata Eina ketika perlahan-lahan membuka hadiah itu menerusi rakaman sebuah video.

Bertuah betul pelakon Eina Azman dapat hadiah sebuah telefon pintar jenis Vertu daripada suami tercinta.

Bagi yang tidak tahu, harga telefon pintar jenis Vertu model Aster (Raspberry Ostrich) itu berharga AS$7,900 (RM33511.80) hampir menyamai harga sebuah kereta jenama tempatan.

Vertu merupakan sebuah jenama telefon pintar buatan England dan dibaluti dengan kulit burung unta.

Sebenarnya, model Aster dikeluarkan dengan rangkaian harga paling murah daripada kebiasaan jenama itu. Paling tidak pun ia mencecah harga AS$10,800 (RM45,813).

Tambahan lagi,telefon tersebut bukan calang-calang telefon pintar kerana harga sebuah peranti jenama antarabangsa itu boleh mencecah puluhan ribu ringgit.

“Ingatkan, dalam dunia ni Iphone paling mahal. Rupanya ada lagi mahal dari Iphone,” antara komen netizen.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...