Get $25 free
loading...

Amanah Bukit Bendera usul Mat Sabu, Mujahid tanding Pulau Pinang

Usul yang diterima tanpa bahas itu dicadangkan Amanah Bukit Bendera dengan alasan Mohamad dan Mujahid merupakan anak jati negeri berkenaan.

mat-sabu-mujahid-amanahALOR SETAR: Amanah Pulau Pinang hari ini mengusulkan Presidennya Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Mujahid Yusof Rawa bertanding di Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Usul yang diterima tanpa bahas itu dicadangkan Amanah Bukit Bendera dengan alasan Mohamad Sabu dan Mujahid merupakan anak jati negeri berkenaan.

“Memandangkan kedua-duanya mempunyai reputasi yang baik di negeri ini, maka Mesyuarat Tahunan Kawasan Amanah Bukit Bendera yang kali pertama mengusulkan agar kedua-dua mereka bertanding di Pulau Pinang.

“Sama ada di Dewan Undangan Negeri (DUN) atau parlimen,” kata usul berkenaan.

Bertemakan ‘Menjunjung Amanah Rakyat’ acara tahunan kali kedua itu diadakan di Hotel Royale Signature, Alor Setar dan ia dihadiri 898 perwakilan Amanah seluruh negara.

Dalam konvensyen nasional kali ini, sebanyak 31 usul diterima tanpa bahas.

Antara usul lain yang diterima tanpa bahas adalah yang dicadangkan oleh Amanah Pulai, Johor yang mahukan Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke-8.

Menurut usul berkenaan, ini kerana rakyat mahukan calon perdana menteri yang jelas dan sokongan rakyat diperlukan oleh Pakatan Harapan.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...