Jumaat ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan Bajet 2018. Sudah pasti ia menjadi tumpuan dan dinantikan oleh rakyat yang ingin mengetahui khabar gembira buat mereka.
#Bajet2018 kali ini akan memfokuskan kepada strategi untuk meningkatkan pendapatan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah (B40). Selama ini kita mendengar rungutan mengenai beban kenaikan kos hidup namun tahukah anda bahawa jumlah pendapatan rakyat semakin meningkat?
Tidak ramai yang mengetahuinya. Pekerja-pekerja di negara ini telah menikmati purata kenaikan gaji sebanyak 7.3 peratus sejak 42 tahun lalu berbanding purata inflasi 3.7 peratus dalam tempoh itu.
Ia adalah dapatan daripada hasil kajian yang dijalankan dua tahun lalu dan dalam tempoh dua tahun lalu, purata kenaikan gaji meningkat kepada 9.0 peratus.
Bukan itu sahaja, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada tahun ini diunjurkan sebanyak dua kali. Kali ini pada 5.1 peratus berbanding 4.9 peratus sebelum ini berdasarkan beberapa faktor yang mendorong kepada prestasi yang lebih baik terutama dalam aktiviti perdagangan.
Menurut MIDF Research, semakan unjuran itu dibuat setelah menyaksikan dagangan global antara Januari hingga April yang kukuh dengan trend yang positif dan dijangka kekal sepanjang tahun ini dengan eksport merekodkan pertumbuhan dua digit bagi lima bulan berturut-turut.
Faktor-faktor inilah yang bakal menjadikan Bajet 2018 sebagai bajet yang menarik. Walaupun pembangkang menyatakan ia adalah gula-gula menjelang pilihan raya umum (PRU) namun harus diingat, rakyat mahu tahu setiap sen wang yang dibelanjakan kerajaan.
Setiap sen yang dibelanjakan oleh kerajaan adalah penting. Tidak seperti Pakatan Harapan di mana bajet alternatif mereka langsung tidak memberikan keyakinan kepada rakyat dan tidak realistik.
Ia lebih kepada “copy paste” daripada bajet-bajet alternatif yang mereka rangka pada tahun-tahun sebelumnya. Sebagai contoh lihat sahaja kepada isu cukai perkhidmatan dan barangan (GST), Pakatan Harapan pada mulanya mahu memansuhkan cukai itu tetapi akhirnya mahu menjadikan GST sifar.
Malah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sendiri menyatakan Pakatan Harapan tidak akan memansuhkan GST jika menang pilihan raya umum akan datang sebaliknya mengenakan sifar cukai untuk GST.
Manakala Pengerusi Pakatan Harapan pula, Mahathir Mohamad, menyatakan GST tidak akan dihapuskan kerana “itu mungkin menyebabkan beberapa masalah dengan pembiayaan kerajaan” dan mahu menaikkan cukai korporat menggantikan GST.
Kenyatan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin pembangkang ini sebenarnya cuba mengelirukan rakyat dan menguji kebijaksaan rakyat.
Apa yang pasti bajet alternatif Pakatan Harapan hanya bersifat populis semata-mata untuk menarik perhatian rakyat tetapi berbeza dengan Bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri.
Ia adalah realistik bagi membangunkan negara selain mensejahterakan rakyat. Inilah senjata utama Barisan Nasional (BN) dalam berdepan dengan Pakatan Harapan, iaitu gabungan pembangkang yang hanya bercakap retorik dan suka memburukkan pemimpin sahaja.
Hari Jumaat ini “pintu gua” terbuka luas buat semua pemimpin dan penyokong pembangkang. Bawalah bekal siap siap bila berada dalam gua nanti. Ini kerana Bajet 2018 ini akan buat pembangkang hancur lebur sepenuhnya.
Habis modal lah pembangkang Jumaat ini. Bila rakyat sambut baik Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib, apa lagi ruang dan modal yang mahu pembangkang hentam lagi. Bertapalah dalam gua nanti.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini