Get $25 free
loading...

Dr M akan beri keterangan kepada RCI, kata peguam

Tarikh akan ditetapkan untuk mengambil keterangan Dr Mahathir Mohamad dan meminta salinan dokumen yang akan dirujuk kepada saksi semasa prosiding berlangsung.

Haniff-Khatri-mahathir-bnm

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad akan memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kerugian urus niaga mata wang asing (forex) dialami Bank Negara Malaysia (BNM) pada 18 September ini, kata peguamnya, Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

“Saya terima sepina petang tadi daripada seorang kakitangan sekretariat RCI bagi pihak anak guam saya yang sedang menghadiri istiadat pemakaman Almarhum Sultan Kedah.”

Beliau berkata, kakitangan sekretariat, Amran Jisun bagaimanapun tidak tahu jika keterangan saksi akan dirakamkan daripada bekas perdana menteri itu.

“Kami mahu menetapkan tarikh pada minggu ini untuk keterangan itu dirakamkan sebelum anak guam saya memberi keterangan kepada RCI,” katanya.

Haniff berkata, beliau akan menulis surat rasmi kepada Setiausaha RCI, Datuk Yusof Ismail bagi meminta salinan dokumen yang akan dirujuk kepada Dr Mahathir ketika prosiding itu.

Setakat ini, 21 saksi sudah memberi keterangan kepada RCI itu, termasuk bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar memberi keterangan tanpa keterangan saksinya dirakamkan.

Beliau turut dipanggil sebuah pasukan petugas khas yang menjalankan siasatan awal ke atas kerugian forex dialami itu, April lalu.

Sejak dimulakan 21 Ogos lalu, Dr Mahathir sudah hadir sebanyak 2 kali untuk mengikuti prosiding RCI itu.

Haniff sebelum ini berkata, Dr Mahathir patut dipanggil memberi keterangan kerana beliau ialah perdana menteri ketika skandal itu berlaku.

Dr Mahathir berkata, beliau sendiri dapat membantu RCI kerana mempunyai banyak maklumat tentang kerugian forex itu.

Pada 30 Ogos lalu, bekas ketua setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Clifford Francis Herbert menyifatkan Dr Mahathir kelihatan tenang ketika dimaklumkan mengenai kerugian forex kira-kira RM30 bilion yang dialami BNM.

Beliau memberitahu panel RCI yang dipengerusikan Tan Sri Sidek Hassan, Dr Mahathir hanya berkata: “Kadangkala kita dapat untung, kadangkala kita rugi.”

Saksi itu berkata, ia berlaku di pejabat perdana menteri pada lewat 1993, ketika beliau dan Anwar memaklumkan Dr Mahathir mengenai kerugian forex.

Anwar ialah menteri kewangan bermula 1991 sehingga beliau dipecat kerajaan pimpinan Dr Mahathir pada 1998.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...