KLUANG: Seorang wanita tiba-tiba histeria dan meracau dalam bahasa tidak difahami ketika datang ke Balai Polis Simpang Renggam, dekat sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam tadi itu, mangsa yang berusia 24 tahun datang berseorangan sebelum tiba-tiba diserang histeria dan meracau di balai berkenaan.
Video rakaman wanita berkenaan histeria dan meracau menjadi viral di media sosial sejak malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham, mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan anggota polis memberikan bantuan awal untuk menenangkan mangsa.
“Wanita dari Kampung Seri Maju Jaya, Machap, itu pada mulanya datang ke Balai Polis Simpang Renggam pada jam 5.30 petang untuk mengadu nasib dan mencari ketenangan.
“Disebabkan bimbang dengan keadaan mangsa yang kurang sihat, anggota polis Balai Polis Simpang Renggam membawanya makan di gerai berhampiran sebelum memujuk mangsa serta memintanya pulang ke rumah.
“Namun pada jam 9 malam, mangsa kembali semula ke balai berkenaan dan mulai histeria serta meracau sebelum ketua kampung dan keluarganya dimaklumkan bagi mengambil mangsa.
“Anggota juga sudah memberikan bantuan awal untuk menenangkan mangsa sebelum dan selepas ketibaan keluarganya,” katanya.
Mohamad berkata, bagaimanapun mangsa tidak dapat dikawal menyebabkan keluarganya membawa mangsa pulang ke rumah.
Sementara itu, keluarga mangsa dilaporkan berkata, mangsa mula mengalami gangguan berkenaan sejak bekerja di sebuah kilang berhampiran.
Menurut keluarganya, pelbagai usaha dan ikhtiar sudah dilakukan keluarga untuk merawatnya, namun sakitnya berlanjutan sejak empat tahun lalu dan tidak sembuh sehingga sekarang.
Sumber :milosuam
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini