Get $25 free
loading...

Kami tak rasis, kata pengendali salun ‘Hak milik Bumiputera’

Ketua pegawai operasi rangkaian 6 salun itu berkata, kain rentang 'Hak milik Bumiputera' dan 'Ruang Muslimah disediakan' digantung sejak cawangan di Seremban 2 itu mula beroperasi pada 2012.

salon-islamicPETALING JAYA: Tindakan menggantung kain rentang tertera “Hak milik Bumiputera” dan “Ruang Muslimah disediakan” tidak membawa sebarang maksud perkauman mahupun agama, kata pengendali sebuah salun di Negeri Sembilan.

Ketua Pegawai Operasi rangkaian salun itu, Khairul (terjemahan) yang dipetik China Press berkata, kain rentang berkenaan digantung sejak cawangan di Seremban 2 itu memulakan operasi pada Februari 2012.

Beliau hairan kenapa ia dijadikan isu selepas 5 tahun kain rentang itu digantung di depan salun berkenaan.

“Di bawah bumbung 1Malaysia, kami berniaga tanpa sebarang idea istimewa, ini ialah tindakan ahli politik mensensasikan berita. Biarlah mereka, saya malas nak layan,” katanya kepada akhbar itu.

Beliau menjelaskan perkataan “hak milik Bumiputera” bermakna bos rangkaian salun itu seorang Bumiputera dan tidak mempunyai rakan kongsi kaum lain, manakala tujuan lain ialah untuk mengubah tanggapan stereotaip orang ramai terhadap salun dan kedai gunting rambut lelaki.

“Kebanyakan orang akan fikir salun ialah perniagaan orang Cina, manakala kedai gunting rambut lelaki pula kebanyakan dikendalikan orang India yang menawarkan perkhidmatan menggunting dan mencuci rambut lelaki atau mencukur misai dan janggut.”

Beliau berkata, premis di Seremban 2 itu adalah cawangan ke-6 mereka di Seremban dengan 3 daripadanya yang terletak di Ampangan, Pancor dan Rasah berkonsep salun lelaki.

Baki 3 lagi cawangan di Seremban 2, Bandar Sri Sendayan dan Bandar Teknologi pula membuka pintu kepada semua kaum tidak kira muda atau tua.

Katanya, pelanggan salun di Seremban 2 itu datang dari sekitar Ampangan dan Senawang.

“Walaupun tahu bos dan pekerja semuanya Bumiputera, masih ada orang Cina dan India yang menjadi pelanggan tetap kami.”

Baru-baru ini, pemilik sebuah kedai dobi layan diri di Muar, Elit Laundry memohon maaf dan menurunkan papan tanda “mesra Muslim” selepas diarahkan berbuat demikian oleh Sultan Johor.

Rabu lalu, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyifatkan amalan itu karut, memalukan dan bersifat ekstremis kerana Johor ialah negeri progresif, moden dan sederhana, bukannya negeri Taliban.

Ia disusuli pemilik dobi layan diri di Kangar, Hab Laundy Empire menutup papan tanda “khusus untuk orang Muslim sahaja” selepas ditegur kerajaan negeri dan mufti Perlis, semalam.

Ini bukan negeri Taliban, Sultan Johor arah pemilik dobi minta maaf

Selepas Johor, kini Perlis juga ada dobi ‘konsep Islam’


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...