Get $25 free
loading...

“Jangan Salahkan Orang Lain Jika Program Kita Tidak Mendapat Sambutan,TIBM V2.0 Tidak Ganggu Fastaqim 2.0”-Bani

Share This:

Blogger kulihatlangitbiru.com telah menerbitkan satu artikel berkaitan penganjuran Fastaqim 2.0 yang bakal diadakan di Kampung Tok Jembal pada 29 hingga 30 September ini.

Menurut laporan tersebut, PAS telah menyalahkan kerajaan negeri Terengganu yang dipacu oleh YAB Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dengan menyatakan kerajaan pimpinan Ahmad Razif takut dengan program yang dianjurkan mereka(PAS).

Dalam satu kenyataan yang dikeluar serta diviralkan oleh ahli Pas di dalam media sosial telah membangkitkan kemarahan rakyat di Terengganu kerana tuduhan yang tidak berasas serta melulu dari parti itu.

Pada hujung minggu ini juga terdapat 2 program besar turut berlangsung seperti Terengganu International Bike Meet Volume 2.0 (TIBM V2.0) di Dataran Shah Bandar Kuala Terengganu dan JOM HEBOH diperkarangan Stadium Gong Badak, Kuala Nerus.

Menurut urusetia atau penganjur bersama TIBM V2.0 Ahmad Fanizar @ Bani, TIBM V2.0 kali ini adalah kelangsungan program yang dianjurkan sebelum ini yang telah mengumpulkan peminat-peminat permotaran dari dalam dan luar negara.

Katanya, panganjuran yang lalu, penyertaan sebanyak 5200 peserta dan tahun ini TIBM V2.0 menjangkakan seramai 7000 peserta dari Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia serta selainnya adalah dari dalam Malaysia.

“TIBM ini memang sudah diusahakan sejak akhir tahun lalu dan tarikhnya sudah ditetapkan selepas beberapa mesyuarat bersama dengan kerajaan negeri sebelum ini dan tarikh tersebut telah tercatit dalam kelendar pelancongan negeri Terengganu menerusi Visit Beautiful Terengganu 2017,

“Jadi tidak timbul perkara yang dinyatakan oleh cytro atau ahli PAS bahawa program ini untuk menghalang penyertaan rakyat untuk menghadiri Fastaqim 2.0 yang juga berlangsung pada tarikh yang sama,

“Kita bercakap jangan sebarangan… dan jangan menyalahkan orang lain jika program kita juga tidak mendapat samabutan nanti…. dan dimaklumkan PAS juga telah membuat kerah seluruh negara dan menyediakan bas untuk mereka hadir ke program tersebut…”, katanya kepada Terengganu Times.

Tambahnya lagi, tiada masalah untuk rakyat memilih program mana yang mereka mahu pergi JOM HEBOH ke… Fastaqim ke… Payung Terjun… ianya diatas minat rakyat untuk hadir.

“Jangan salahkan kerajaan, salahkan diri sendiri jika program kita tidak mendapat samabutan”, katanya lagi.

Sumber: Terengganu Times

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...