Get $25 free
loading...

Pesta Arak, Apa Sebenarnya Yang Mereka Cari?

Share This:

Nampaknya, untuk kesekian kalinya, kesabaran umat Islam di negara ini sekali lagi dicabar. Manakan tidak sikap keras kepala penganjur Festival Better Beer 2017 dengan sokongan penuh DAP tidak pernah padam dan berhenti. Setelah DBKL mengharamkan penganjuran festival ini, tumpuan mereka beralih kepada kerajaan negeri Selangor pula untuk mendapatkan keizinan bagi menganjurkan festival ini.

Baru-baru ini, Utusan Malaysia ada melaporkan bahawa kerajaan Selangor yang diterajui oleh Datuk Seri Azmin Ali dilihat mengizinkan penganjuran ini diadakan di Selangor. Namun, dalam satu laporan lain pula, Azmin dikatakan tidak pernah mengeluarkan kenyataan membenarkan penganjuran festival ini dan menuntut Utusan Malaysia memohon maaf diatas laporan berkenaan.

Semalam, lain pula halnya berlaku. Menurut satu laporan, Majlis Perbandaran Klang telah memberikan kebenaran buat penganjur untuk mengadakan festival ini. Namun begitu, kebenaran berkenaan haruslah tertakluk kepada pertukaran nama penganjuran festival ini dan penganjur di minta menjaga tingkah laku para peserta.

Apa yang menghairankan, walaupun mendapat bantahan besar-besaran daripada umat Islam diatas penganjuran ini, pihak penganjur yang mendapat sokongan hebat dari DAP nampaknya begitu keras kepala dan tidak memperdulikan apa jua bantahan yang disuarakan. Timbul persoalan, apa sebenarnya yang mereka cari disebalik penganjuran festival memabukkan ini?

Sekali imbas, mungkin para peserta yang hadir adalah terdiri daripada mereka yang bukan Islam. Namun, apa yang cukup dibantah oleh umat Islam di negara ini, di mana sensitiviti antara kaum yang sebelum ini cukup dijunjung oleh setiap seorang rakyat Malaysia? Sudah hilangkah nilai toleransi dalam beragama di negara ini?

Islam secara terang-terangan melarang umatnya dari meminum minuman yang memabukkan. Ditambah pula di dalam Perlembagaan Negara, Islam diletakkan sebagai agama rasmi negara dan seharusnya, ia perlu dihormati oleh semua pihak.

Melihat kepada kedegilan penganjur walaupun sudah diwartakan haram oleh DBKL, namun kedegilan mereka seolah-olah sengaja mencabar kesabaran umat Islam di negara ini. Adakah mereka sengaja menjemput ketegangan antara agama berlaku disebalik penganjuran seumpama ini? Apa pentingnya sangat penganjuran pesta memabukkan ini kepada negara yang 63 peratus penduduknya adalah beragama Islam?

Menjemput budaya asing memasuki budaya penuh kelembutan rakyat Malaysia ini sebenarnya satu tindakan provokasi melampau oleh penganjur mahupun penyokong kuatnya DAP. Bahkan, banyak negara telah mengharamkan penganjuran festival seumpama ini walaupun mereka sendiri turut meminum minuman ini.

Seharusnya, semua pihak mengambil iktibar dan pengajaran apa yang telah berlaku di Glasgow, Armsterdam dan Moscow semasa pesta arak seumpama ini dilangsungkan. Dilaporkan, kegiatan jenayah seperti pergaduhan, pencabulan, rogol mahupun pembunuhan berlaku semasa festival ini dilangsungkan. Adakah penganjur dan DAP mahu membawa kejadian seumpama ini masuk kedalam budaya rakyat Malaysia?

Comments

comments

Related Post

Masalah Air Gagal Diatasi, Bekalan Arak Pula Bakal...
Azmin Meniru Jejak Langkah DS Najib Mencari Pelabu...
Azmin Ali Benarkan Pesta Arak Di Selangor Jika Pa...
Pemikiran Azmin Jauh Lebih Teruk Berbanding Lim Gu...


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...