Get $25 free
loading...

Masalah Air Gagal Diatasi, Bekalan Arak Pula Bakal Mudah Didapati Di Selangor

Share This:

Sudah memasuki beberapa minggu, masih ramai yang memperkatakan tentang kontroversi yang sengaja dicipta oleh pembangkang terutamanya DAP mengenai penganjuran festival Better Beer Kuala Lumpur 2017. Walaupun festival kotor ini telah diharamkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, namun masih ada usaha untuk meneruskan festival seumpama ini di lokasi lain pula.

Terkini, Utusan Malaysia telah melaporkan di muka hadapan akhbar arus perdana berkenaan, kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Datuk Seri Azmin Ali seolah-olah mengizinkan penganjuran pesta berkenaan di adakan di Selangor.

Menurut laporan berkenaan, Azmin dilaporkan berkata, ianya sesuai dengan hak sama rata antara kaum di mana ianya harus dihormati oleh semua pihak. Namun begitu, katanya, ianya harus diadakan mengikut undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan dan di fahamkan, pihaknya tidak mempunyai apa-apa masalah sekiranya festival berkenaan diadakan di Selangor.

Jika diimbas dari kenyataan Azmin ini, mungkin dia cuba untuk memenangi hati DAP yang diketahui umum sebagai parti paling dominan di Selangor. Malah, ianya boleh disifatkan sebagai kenyataan popular bagi memenangi hati kaum lain selain daripada kaum Melayu demi untuk meraih sokongan pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Namun begitu, tanpa Azmin sedar, dia sebenarnya telah mengundang kecaman dari rakyat negeri Selangor sendiri. Manakan tidak, ketika lebih 1 juta orang penduduk di Selangor masih lagi mengalami masalah bekalan air, secara tiba-tiba dia membenarkan “bekalan” air arak pula di limpahkan di negeri Selangor. Bukankah ianya satu tindakan yang cukup luar biasa dan diluar pemikiran normal?

Bukankah dalam hal ini, Azmin lebih wajar memikirkan masalah bekalan air yang kerap menganggu kira-kira lebih 1 juta orang di Selangor? Apa faedah penganjuran ini kepada negeri Selangor sekiranya benar Azmin mengizinkannya? Pasti akan timbul satu lagi persoalan yang jauh lebih besar, di mana moral kerajaan Selangor yang dinaungi oleh Paduka Sultan Sharafuddin Idris Shah?

Setidak-tidaknya, seandainya Azmin benar-benar mengizinkan festival seperti ini diadakan di Selangor, dia harus merenung sejenak kenapa DBKL memilih untuk mengharamkan penganjuran festival ini diadakan di Sri Hartamas. Paling tidak, dia harus memahami kenapa kerajaan Scotland sendiri mengharamkan penganjuran festival arak ini diadakan di mana-mana daerah di negara berkenaan.

Memetik satu laporan, kerajaan Scotland yang dikenali sebagai antara pengeluar beer terbaik di Eropah, telah mengharamkan sebarang penganjuran festival seumpama ini diadakan di negara berkenaan. Ini kerana, kali terakhir Scotland menganjurkan festival ini di Glasgow, terlalu banyak kejadian jenayah dan pergaduhan dicatatkan sehingga menimbulkan sedikit ketegangan berlaku di sana.

Adakah Azmin mahu mengulangi apa yang telah berlaku di Glasgow dahulu? Dia harus memikirkan dari sudut moral sebelum meletakkan kepentingan politik mengatasi segala-galanya. Harus diingat, Islam sendiri telah menggariskan, arak merupakan ibu segala kejahatan. Seandainya falsafah ini pun gagal difahami, maka selayaknya rakyat Selangor bermandi dan meminum arak dari menikmati air bersih.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...