Get $25 free
loading...

Kanak-kanak Sembilan Tahun Diperkosa Lepas Lelaki Tunjuk Gambar Lucah

Share This:

Seorang lelaki didapati memperkosa seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun ketika ketiadaan ibu bapa mangsa di sebuah rumah di Batu 11, dekat Kajang, 16 September lalu.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, suspek bertindak mendekati mangsa sebelum menunjukkan gambar lucah yang disimpan di dalam telefon pintar.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, suspek yang bekerja sebagai buruh menyewa di kediaman sama dan mengambil kesempatan ketika keluarga mangsa tiada di rumah.

Ketika hari kejadian, suspek tidak bekerja sebelum masuk ke bilik mangsa dan menunjukkan gambar lucah. Lelaki itu beredar dan kembali semula lalu memperkosa mangsa.

“Malah, suspek cuba menghapuskan bukti dengan membersihkan tubuh mangsa selain mengugut supaya kanak-kanak itu tidak menceritakan kejadian dialami kepada sesiapa,” katanya.

Menurut Ahmad Dzaffir, mangsa bagaimanapun mendedahkan kejadian itu dan ibu bapanya membuat laporan polis.

“Suspek ditahan di Kampung Lombong, Shah Alam, semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Justeru,ibu bapa perlu peka terhadap anak-anak dan tidak meninggalkan anak sendirian bersama seorang lelaki walaupun lelaki itu dikenali kerana banyak kes rogol yang melibat kanak-kanak di bawah umur.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...