Get $25 free
loading...

Kumpulan TDM Berhad Catat Rekod Keuntungan

Share This:

Kuala Terengganu – Syarikat milik kerajaan negeri, TDM Berhad mencatat rekod bayaran dividen dan perkongsian keuntungan berjumlah RM4,724,270.80 juta kepada agensi kerajaan negeri iaitu Terengganu Incorporated Sdn Bhd, Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAW), Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu Sdn Bhd dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) bagi keuntungan yang diperoleh dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pembayaran itu dibuat berdasarkan peningkatan hasil pendapatan Kumpulan TDM Berhad sebanyak RM428.5 juta berbanding sebanyak RM380.8 juta pada tahun 2015 iaitu meningkat sebanyak 13 peratus.

‘Peningkatan dalam prestasi kewangan didorong terutamanya dari bahagian perladangan yang mencatatkan pendapatan lebih tinggi berjumlah RM245.9 juta berbanding jumlah tahun sebelumnya sebanyak RM215.6 juta. Ini kerana, harga jualan minyak sawit mentah ( “MSM”) dan isirong sawit ( “PK”) yang lebih tinggi di mana harga jualan MSM meningkat sebanyak 23%, manakala harga jualan PK meningkat sebanyak 43%’.

‘Bahagian penjagaan kesihatan pula mencatatkan hasil pendapatan sebanyak RM182.7 juta bagi FY2016, 11% peningkatan berbanding jumlah tahun sebelumnya sebanyak RM165.2 juta’.

‘Seiring dengan prestasi kewangan bagi FY2016, pemegang saham telah meluluskan pembayaran dividen akhir sebanyak 0.5 sen sesaham. Dasar Dividen TDM Berhad adalah membayar kepada pemegang saham sekurang-kurangnya 30% daripada keuntungan bersih tahunan yang disatukan selepas cukai serta setelah mengambil kira kepentingan pihak minoriti’, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Keuntungan Kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dan MAIDAM serta penyampaian dividen kepada agensi-agensi Kerajaan Negeri oleh TDM di Wisma Darul Iman hari ini.

Hadir sama Pengerusi TDM Berhad Dato’ Wan Nawawi Haji Wan Ismail dan Pengarah Urusan Kumpulan TDM Dato’ Mohamat Muda.

Menurut beliau sebanyak RM 4,724,270.8 juta dividen dibayar kepada Terengganu Incorporated Sdn Bhd, Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAW) dan Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu Sdn Bhd.

‘Sebanyak RM2,040,027.00 juta telah dibayar kepada LTAW dan RM249,277.00 kepada Maidam sebagai bayaran keuntungan hasil perkongsian usahasama’.

‘Kedua-dua agensi ini masing-masing mempunyai tanah ladang kelapa sawit seluas 1,336 dan 756 hektar yang dibangunkan TDM Berhad. Perjanjian usahasama ini telah terjalin semenjak tahun 1996 dan 1997’ tambahnya.

Sumber : Terengganu Times

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...