Get $25 free
loading...

“Terpaksa Bayangkan Suami Jiran Ketika Bersama Suami,Kalau Tidak…”-Isteri

Share This:

Perkahwinan adalah dunia baru bagi pasangan yang berkahwin. Dari hari pertama bernikah anda mula mengenali hati budi dan sikap pasangan yang selama ini hanya diketahui secara luaran. Namun apabila tinggal bersama dapat memberi peluang pasangan pengantin mengatur kehidupan dengan baik dan menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan isteri.

Apabila sibuk dengan kerjaya masing-masing dan sibuk menjaga anak kecil, kerja rumah pun berlambak. Belum tentu pada malam hari dapat melayan suami sebaik dahulu.

Sudah lesu, hilang selera, dan penat membuatkan wanita seperti acuh tidak acuh lagi. Namun, itu yang sering dikatakan oleh kaum lelaki.

Bagaimana pula pendapat kaum wanita terhadap suami mereka apabila sudah lama berkahwin. Masih hebatkan suami melayan mereka atau hanya cuma seketika sudah tewas?

Seperti yang dikongsikan oleh seorang netizen ini menerusi sebuah laman sosial yang amat mengejutkan!

Sebagai seorang isteri, dia berasa tertekan dengan keadaan suaminya selepas lapan tahun berkahwin.

Perut yang boroi, kepala sudah botak, mulut berbau dan paling mengejutkan wanita ini terpaksa membayangkan suami jirannya ketika bersama suaminya.

“Kalau saya tak bayangkan begitu, saya cuma nampak babi sahaja di atas perut saya,” katanya.

Masa mula-mula berkahwin, suami saya ini punyalah handsome ‘gile’. Bibir merah, badan sado, sedap mata memandang sehingga saya bangga bila keluar dengan dia walaupun saya adakalanya cemburu juga bila ada

perempuan lain yang memandang-mandang dia. Tetapi selepas lapan tahun berkahwin (lapan tahun ye, bukan 15 tahun) dan dikurniakan empat orang anak, suami saya dah jadi macam orang hutan saja. Dengan perutnya

sudah boroi, kepalanya sudah mula botak, sudahlah dahi dia luas seperti padang golf, mulut pula berbau busuk, nak cium pun geli wei!

Bila saya tengok suami jiran walaupun anak mereka dah lima dan kahwin pun dah 20 tahun, tetapi masih kelihatan handsome. Bila dia keluar dengan anak dia, dah macam adik beradik pula saya tengok.

Bukannya seperti suami saya yang serabai gile tak reti nak bergaya langsung. Nak keluar dengan dia pun saya malu. Nak bawa pergi kenal-kenal dengan kawan sekolah pun saya tak sanggup

Nak ‘bersama’ dengan suami, saya terpaksa bayangkan muka suami seperti suami jiran saya, baru saya boleh terangsang pada suami sendiri. Kalau saya tak bayangkan begitu, saya cuma nampak babi saja di atas perut saya.

Bagaimanapun,perkara tersebut sudah dinasihati oleh isterinya namun suaminya tidak ambil peduli dengan kata-kata isterinya.

Kesimpulannya,sebagai seorang isteri solehah apabila sudah berkahwin perlu menerima kekurangan yang ada pada pasangan masing-masing dan tidak perlu membayangkan suami orang kerana ia boleh menjatuhkan zina bersama lelaki lain dan hilang pahala sebagai seorang isteri.Begitu juga lelaki,setiap pasangan perlu menerima kekurangan masing-masing dan cuba menyelesaikan masalah secara baik untuk menjamin kebahagiaan bersama.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...