Get $25 free
loading...

Pulau Pinang Hampir Bangkrap, Hanya Mampu Beri Sumbangan RM400 Kepada Mangsa Banjir

Share This:

Benar atau tidak bahawa dalam beberapa penyataan yang dibuat oleh beberapa pihak dan  beberapa tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Pulau Pinang telah membayangkan bahawa kerajaan Pulau Pinang yang sedia ada sekarang sudah muflis dan bangkrap.

Penyataan ini mungkin ada yang akan mengatakan bahawa ini adalah satu fitnah untuk memburukkan kerajaan yang dipimpin oleh  Guan Eng sekarang. Tetapi jika berdasarkan fakta-fakta yang  dipaparkan pada kebanyakan  portal telah membayangkan bahawa kerajaan Pulau Pinang yang ada sekarang sedang ke arah bangkrap.

Kerajaan Pulau Pinang yang ada sekarang hanya menunggu masa sahaja untuk rebah dan menanggung defisit yang tinggi  dan berisiko untuk menuju ke arah sebuah negeri yang bangkrap. Peningkatan defisit  negeri yang kian meningkat akan melumpuhkan kerajaan PUlau Pinag dalam pengurusan.

Salah satu fakta yang amat ketara ialah apabila kerajaan Pulau Pinang  sedang menghadapi perbelanjaan mengurus yang telah berkurangan sebanyak RM19 bilion yang mana memaksa barisan Exco kerajaan Pulau Pinang  memutuskan untuk meminjam kewangan sebanyak RM19 bilion  daripada sebuah bank di China.

Penjualan tanah-tanah di Pulau Pinang secara besar besaran hanya menunggu masa untuk bertukar tangan. Tanah-tanah kerajaan pada kebiasaan nya akan digunakan untuk pembangunan  untuk rakyat terpaksa digadai kepada syarikat asing.

Tanah-tanah kerajaan  pada kebiasaannya disimpan untuk menanggung libiliti negeri dikala kerajaan negeri berhadapan dengan masalah. Tetapi di Pulau Pinang tiada apa yang tinggal lagi, daripada 30% tanah kerajaan sekarang hanya tinggal 6% sahaja untuk dihabiskan.

Kenyataan YB Chow kepada The Edge pada 22 Julai 2016 adalah tepat dengan menyatakan kos projek Pelan Induk Pengangkutan Awam (PMTP) Pulau Pinang telah meningkat dari RM27 bilion kepada RM46 bilion, yang menyaksikan peningkatan sebanyak RM19 bilion.

Apabila sebuah kerajaan sudah tidak mempunyai tanah lagi untuk dicagarkan untuk menampung liabiliti hutang negeri dan ini akan memaksa mengistiharkan Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang bakal bangkrap.

Semua ini juga  dilihat apabila  perbelanjaan Negeri yang meningkat sehingga 500%, sedangkan kerajaan pusat hanya mampu membelanjakan sebanyak 30%  untuk meyediakan  keperluan untuk rakyat yang dijanjikan semasa pilihanraya yang lalu.

Dengan perbelanjaan mengurus meningkat sebaganyak 500% apakah kerajaan  Pulau Pinang telah menyediakan semua keperluan rakyat yang seharusnya disediakan oleh sebuah kerajaan. Agak malangnya  kerajaan Pulau pinang tidak mampu untuk meyelesaikan masalah yang dianggap oleh mereka amat mudah iaitu masalah banjir.

Dalam hal ini Guan Eng terus berdalih dengan memberikan alasan bahawa peningkatan perbelanjaan adalah disebabkan peningkatkan kos pembangunan yang dilaksanakan di Pulau Pinang., Tetapi pada masa yang sama  rakyat melihat tidak ada satu pun projek yang dilaksanakan itu memberikan manfaat kepada rakyat bawahan.

Untuk mengatasi masalah tersebut kerajaan Pulau Pinang akan terus menaikkan cukai yang dikenakan kepada rakyat dan pelbagai jenis cukai ini sedikit sebanyak akan menampung belanja mengurus yang amat banyak berkurangan.

Musibah dan masalah banjir  di Pulau Pinang sudah boleh dikategorikan sebagai kegagalan sebuah kerajaan dalam membina infrastruktur yang terbaik untuk rakyat. Kegagalan ini telah menyebabkan banyak kerugian dikalangan rakyat terpaksa ditanggung setiap kali musim hujan berlaku.

Setiap kali banjir berlaku kerajaan negeri melihat ianya seolah-olah  perkara biasa, tindakan yang lewat diambil telah menyebabkan kerugian yang banyak  kepada rakyat yang kurang berkemampuan. Tindakan ini sekali gus menunjukkan kelemahan kerajaan negeri DAP Pulau Pinang dalam menangani isu banjir.

Rakyat masih ingat lagi dalam pembentangan bajet 2017 kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM220 juta sebagai peruntukan untuk mengatasi masalah banjir. Tetapi kemanakah wang peruntukan tersebut telah disalurkan?

Dari jumlah peruntukan tersebut sehingga kini rakyat masih lagi menanti usaha yang dilakukan untuk mengatasi masalah banjir dan juga ianya mengakibatkan keselamatan rakyat di Pulau Pinang. Sesungguhnya kerajaan DAP dibawah kepimpinan Guan Eng sudah tidak lagi mampu menanggung masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Perkara ini adalah disebabkan amalan kleptokrasi yang tiada sempadan diamalkan oleh  pemimpin DAP sehingga perbelanjaan wang rakyat dilakukan tanpa berhemah.Memandangkan wang RM 220 juta ini merupakan wang rakyat dan dengan persepsi kerajaan negeri yang telah terbukti korup dan berlaku ketirisan.

Justeru itu, tidak hairanlah  jika ramai yang mengatakan  kerajaan Pulau Pinang yang ada sekarang adalah sebuah kerajaan yang hampir bangkrup setelah kita melihat bantuan banjir yang diberikan baru baru ini hanya RM400 sahaja.

Mungkin itu sahaja yang mampu diberikan oleh sebuah kerajaan yang dahulunya amat bongkak mengatakan  mereka amat bijak mentadbir Negara sedangkan sebuah negeri semakin hancur dikerjakan oleh mereka ini.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...