Untuk pertama kalinya setelah 13 kali negara mengadakan Pilihan Raya Umum, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menggalakkan semua parti yang bertanding pada pilihan raya umum yang akan datang memberikan senarai nama calon mereka untuk disemak oleh SPRM. Antara tujuan utamanya adalah untuk memastikan calon-calon yang bertanding bebas dari sebarang unsur rasuah atau salah guna kuasa.
Sehingga hari ini, hanya Barisan Nasional sahaja yang telah menyerahkan senarai nama calon mereka untuk disemak oleh pihak SPRM. Manakala bagi PKR, DAP dan Pakatan Harapan, sehingga artikel ini ditulis, mereka masih berdolak dalik tentang perkara ini. Alasan yang diberi adalah, tidak ada sebarang kewajipan atau peruntukan undang-undang yang mewajibkan mereka menghantar senarai nama calon mereka untuk di saring.
Namun begitu, disaat peranan SPRM yang dilihat seperti penapis awal buat kesemua calon-calon pilihan raya bagi melayakkan mereka bertanding, ada satu lagi badan yang mungkin perlu bergerak aktif bersama-sama SPRM. Badan yang dimaksudkan adalah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Kenapa perlu mengheret DBP untuk menyaring calon-calon pilihan raya ini bagi melayakkan mereka bertanding kelak?
Mungkin kedengarannya agak melucukan namun sebenarnya, ia merupakan satu lagi alternatif terbaik bagi menghasilkan wakil-wakil rakyat yang berkualiti dan mampu bertindak sebagai suara bagi rakyat di Parlimen. Sepanjang tempoh penggal kali ini, kita kerap kali mendengar bagaimana teruknya penyampaian bahasa Melayu dikalangan Ahli Parlimen ataupun ADUN yang dilihat gagal menguasai Bahasa Malaysia dengan baik.
Ayat-ayat berterabur dan menggunakan ayat sesuka hati mereka sering kali dijadikan bahan lawak jenaka oleh rakyat. Timbul persoalan, bagaimana mereka boleh menjadi Ahli Parlimen ataupun ADUN di dalam negara yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar? Adakah mereka ini benar-benar rakyat Malaysia ataupun rakyat yang di import dari negara luar?
Sepatutnya, sebagai rakyat Malaysia yang memegang kad pengenalan biru negara, mereka wajar menguasai bahasa Malaysia dengan baik. Tambahan pula, mereka menjadi wakil rakyat yang mana tumpuan akan diberikan kepada mereka setiap kali sidang Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Lebih utama lagi, antara syarat utama untuk lulus di dalam UPSR, PT3, SPM dan STPM adalah lulus dalam bahasa Malaysia.
Jika mereka sendiri menunjukkan contoh yang tidak baik dalam penguasaan bahasa Malaysia, bayangkan apa yang akan berlaku terhadap generasi yang akan datang. Justeru, di sinilah peranan DBP untuk mengadakan sesi temubual dengan bakal calon setiap parti terutamanya DAP bagi mengesan kebolehan mereka menguasai bahasa kebangsaan.
Nampak cadangan ini seperti satu gurauan namun percayalah, rakyat Malaysia mahu seorang wakil rakyat yang petah berkata-kata bukannya melahirkan satu lagi watak Pua Chu Kang di dalam Parlimen mahupun DUN. Sampai bila bahasa Malaysia harus dipermainkan sesuka hati mereka akibat kegagalan mereka menguasai Bahasa Kebangsaan.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini