Setiap hari ada sahaja masalah disiplin membabitkan pelajar sekolah dilaporkan walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk menanganinya. Masalah itu meninggalkan kesan terhadap institusi pendidikan dan guru, kredibiliti mereka dipertikaikan kerana gagal membentuk disiplin dan sahsiah pelajar.
Pihak yang paling teruk menerima kritikan ialah guru disiplin dan kaunselor yang sebelum ini dikatakan mampu membantu mencorakkan imej positif dan menyelesaikan masalah sahsiah pelajar.
Masalah itu menimbulkan persoalan,di manakah kesalahannya didikan pelajar-pelajar dan apakah punca pelajar tidak berdisiplin walaupun sudah diberikan didikan yang sepenuhnya.
Kisah ini adalah perkongsian dari Cikgu Mohd Fadli Salleh ini yang diharap dapat membuka mata masyarakat.
Kami para guru disekolah seluruh negara tidak pernah membuat tayangan cerita ‘blue’ kat murid-murid. Apatah lagi kat murid sekolah rendah. Jadi dari mana mereka belajar tentang hal ini? Sehingga melukis gambar lucah cikgu sendiri dan berkongsi pula dengan rakan-rakan.
Amat menyedihkan akhlak anak-anak sekarang, berani mengugut untuk merogol guru mereka sendiri. Ugutan ‘rogol’ tuan puan. Bukan ugutan mencalar kereta atau sekadar melawan dengan kata-kata.
Lebih menyedihkan, ugutan ini keluar dari murid sekolah rendah. Yang usianya belum pun mencapai 13 tahun lagi. Apa hal ini kita masih boleh menutup mata? Semalam saya berkongsi gambar pelajar lelaki yang menunjukkan jari tengah (simbol fuck) kepada guru mereka.
Hari ini guru tersebut bercerita..
“Murid-murid ini tidur di atas meja kat belakang kelas. Maka aku tutup kipas nak bagi mereka sedar. Murid itu dengan berang berkata,
“Pantat mana yang tutup kipas ni.”
Hati guru mana yang mampu bersabar kalau dipanggil ‘pantat’? Satu gelaran lucah yang amat biadab terhadap seorang guru.
Sangat kurang ajar!
Maka guru itu bertindak balas. Dia ambil gulungan kain dan pukul murid itu. Gulungan kain tuan puan, bukan pukul pakai kayu baseball. Tiada luka, tiada lebam.
Namun murid itu mengadu guru itu memukulnya dengan besi. Sehingga guru itu dipanggil pentadbir dan dikenakan tindakan.
Alangkah peliknya dunia pendidikan zaman sekarang. Murid biadab, guru cuba mendidik. Namun guru pula yang kena tindakan.
Apa itu tidak pelik?
Dan begitulah selalunya. Apa jua tindakan guru, anak-anak pulang melapor kepada ibubapa dengan kisah yang diputar belit. Ibu bapa datang menyerang, datang membuat aduan malah ada yang memfailkan saman.
Maka akhirnya, guru juga yang bersalah. Guru juga yang dikenakan tindakan. Dan sahabat saya itu, kini hatinya sudah tawar. Tawar sudah hendak menegur dan mendidik.
“Aku buat kerja aku saja. Malas dah nak ambil tahu dan didik lebih-lebih. Aku serik.”
Bilamana sang guru mulai tawar hati dan tidak lagi mempedulikan anak-anak kita, maka tunggulah saat kehancuran. Percayalah!
Masalah Disiplin Pelajar Makin..?
Justeru, ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah ini . Ibu bapa merupakan orang yang membesarkan mereka dan paling mengerti dengan perangai dan hati budi mereka.
Oleh itu, ibu bapa semestinya dapat menasihati mereka dan menarik mereka ka pangkal jalan. Selain itu, ibu bapa haruslah mendidik anak mereka dari awal kerana bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya” .
-PRU14.TV
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini