Get $25 free
loading...

Takut Serah Nama Calon, PKR Dan DAP Penuh Perasuah?

Share This:

Secara amnya, tidak terdapat peruntukan undang-undang untuk mewajibkan semua parti politik di Malaysia menyerahkan senarai nama calon mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk di saring. Pemilihan seseorang calon itu juga terletak kepada pucuk pimpinan sesebuah parti politik yang berhajat untuk bertanding pada mana-mana pilihan raya di negara ini.

Namun begitu, jika kita ambil secara moral dan intergriti, menjadi satu perkara yang begitu baik sekiranya senarai nama calon ini diserahkan kepada SPRM untuk di saring. Umum sedia maklum bahawa SPRM adalah satu badan yang begitu komited membenteras salah laku rasuah dan salah guna kuasa tanpa mengira apa jua fahaman politiknya.

Justeru, apabila Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan bahawa PKR enggan menyerahkan senarai nama calon mereka kepada SPRM atas alasan tiada keperluan berbuat demikian, ramai pihak mula mempersoalkan, kenapa PKR terlalu takut untuk menyerahkan senarai nama calon mereka? Apa yang cuba mereka selindungkan?

Begitu juga dengan DAP yang pada mulanya dilaporkan bersedia untuk menyerahkan senarai nama calon mereka untuk disemak kepada SPRM namun berubah pendirian dengan enggan menyerahkan senarai nama calon mereka dengan alasan yang sama seperti diberikan oleh Wan Azizah dan PKR.

Melihat kepada keputusan dua parti utama pembangkang ini, bukan suatu perkara yang mustahil apabila PAN dan PPBM juga pasti enggan menyerahkan senarai nama calon mereka untuk disemak oleh SPRM. Menariknya, disaat keengganan mereka menyerahkan senarai nama calon mereka ini, Barisan Nasional pula telah menyerahkan senarai nama calon mereka kepada SPRM untuk disemak dan disaring.

Pendirian Barisan Nasional mudah, tidak ada apa yang perlu ditakutkan sekiranya berada di pihak yang benar. Namun, pendirian ini tidak selari dengan DAP dan PKR yang sebelum ini begitu lantang menentang sebarang unsur rasuah dan salah guna kuasa di setiap lokasi ceramah mereka. Apa sudah jadi dengan slogan anti rasuah PKR dan DAP?

Keadaan ini menampakkan seolah-olah kesemua calon pilihan raya bagi PKR dan DAP atau mungkin Pakatan Harapan sememangnya mempunyai sejarah atau latar belakang perasuah. Jika tidak, kenapa perlu gentar untuk memberikan senarai nama calon mereka? Pendek kata, hanya perlaku rasuah sahaja yang cukup takut untuk berhadapan dengan sebarang semakan atau siasatan.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...