Najis dari segi perspektif Islam boleh didefinasikan kepada tiap-tiap benda yang kotor iaitu tidak sah solat sekiranya hadir pada badan, pakaian dan tempat ia mengerjakan solat.
Pengusaha sebuah kedai dobi di Muar, Johor, mengambil tindakan menerima pelanggan beragama Islam sahaja untuk menjaga kesucian pakaian.Adakah wajar pengusaha tersebut berbuat demikian? Perkara tersebut telah menimbulkan persoalan para umat islam mengenai pakaian yang dibasuh dan ada yang bersetuju dengan tindakannya dan ada yang kurang setuju.
Bagaimana pula jika bulu binatang yang tidak dibenarkan di dalam islam meninggalkan kesan di mesin dobi tersebut.?Perkara tersebut juga perlu dikaji bagi megelakkan was-was menggunakan pakaian itu.
Sehubungan dengan itu, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata,tindakan pengusaha sebuah kedai dobi di Muar, Johor, yang hanya menerima pelanggan beragama Islam sahaja adalah satu amalan agama yang sempit.
Perkara itu seolah dibidas oleh Maza,sedangkan,orang islam perlu pandang isu najis mughallazah sebab najis dan kotor lain (berbeza), kotor boleh buat sembahyang. Sebab itu mesti dibersihkan dulu (pakaian) dan baru boleh masuk dalam mesin basuh.
Begitu juga isu arak,Maza tidak pernah memberi komen isu pesta arak.Beliau hanya komen apa sahaja perkara yang memberi keuntungan DAP .Dia dilihat seolah meyimpang dari perjuagan untuk agama islam yang sebenar apabila komen isu sebegitu sahaja.
Beliau berkata, amalan itu bertentangan dengan Islam yang memudahkan penganutnya, pada masa sama tidak sesuai dalam masyarakat yang pelbagai agama dan budaya.
“Semua pandangan yang sempit seperti ini akan membawa negara kita ke arah ekstremisme dan hilang imbangan untuk hidup dalam masyarakat pelbagai agama dan budaya.
“Islam itu agama yang hidup dan beraksi dengan persekitaran secara seimbang. Fekah itu ke arah memudahkan bukan menyusahkan,” kata Mohd Asri.
Kedai dobi itu mula diperkatakan selepas tular di laman sosial 23 September lalu.
Menurut gambar yang tersebar, kedai tersebut meletakkan papan tanda tertera “Dobi ini hanya menerima pelanggan beragama Islam sahaja atas faktor kesucian”.
Pengendali dobi itu ketika ditemui sebuah akhbar Cina enggan menyatakan sebab syarat itu dikenakan, dan hanya berkata melaksanakan tanggungjawab sebagai orang Islam.
Beliau juga enggan mengulas adakah tindakan itu kerana bimbang jika orang bukan Islam membawa unsur “tidak bersih” seperti bulu anjing ke kedainya.
Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Datuk Nooh Gadut pula menyokong dengan tindakan pengusaha itu dan berkata, orang Islam dan bukan Islam perlu menjamin pakaian yang dicuci di kedai dobi layan diri dalam keadaan bersih daripada najis mughallazah (najis berat).
Menurutnya,kepada umat islam mereka perlu memandang isu najis mughallazah sebab najis dan kotor lain (berbeza), kotor boleh buat sembahyang. Sebab itu mesti dibersihkan dulu (pakaian) dan baru boleh masuk dalam mesin basuh,” katanyanya.
Justeru,maksud najis mughallazah seperti anjing dan babi dan keturunan daripada keruanya atau salah satu daripada keduanya. Maka daging anjing dan babi, air liurnya, kotorannya, peluhnya dan lain-lain daripada keduanya adalah najis yang berat iaitu najis mughallazah.
Bagi membersihkannya,ia perlu dibuang najis itu terlebih dahulu, kemudian barulah tempat yang terkena najis dicuci dengan air Mutlak sebanyak tujuh kali dan sekali daripadanya dengan air yang bercampur dengan tanah yang suci sehingga hilang sifatnya (bau, rasa dan warnanya).
Bagaimanapun, umat islam perlu mengelakkan pakaian daripada terkena najis yang berbentuk najis mughallazah yang mempunyai perbezaan dengan kotoran lain untuk menjaga kesuciaan pakaian itu.
-PRU14.TV
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini