Ketua polis daerah Klang Utara berkata, festival itu turut menyediakan minuman keras atau arak yang mana arahan sudah dikeluarkan kepada polis untuk menyekat sebarang penganjuran pesta arak.
SHAH ALAM: Polis tidak
Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mazelan Paijan ketika dihubungi berkata, ini kerana festival yang dinamakan “Centro German F&B Party” itu turut menyediakan minuman keras atau arak yang mana arahan sudah dikeluarkan kepada polis untuk menyekat sebarang penganjuran pesta arak.
“Pihak saya tidak membenarkan seperti mana arahan yang dikeluarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini supaya polis memastikan tiada sebarang pesta arak dianjurkan.
“Polis sehingga kini juga belum menerima sebarang surat permohonan daripada penganjur dan sekiranya ada pihak mendakwa sudah dapat kelulusan, itu adalah surat kebenaran palsu,” katanya.
Semalam, Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan untuk membuat keputusan mengikut peraturan serta undang-undang sedia ada berhubung pesta arak atau minuman keras di negeri ini.
Beliau yang juga exco negeri bagaimanapun berkata, kerajaan Selangor secara dasarnya menghormati proses demokrasi dan menghormati hak setiap rakyat di negeri itu tanpa mengira kaum dan agama.
Sebelum ini, Majlis Perbandaran Klang dilaporkan meluluskan penganjuran pesta makanan dan minuman itu, tetapi perlu mematuhi beberapa syarat, termasuk melarang kemasukan umat Islam ke kawasan penganjuran acara berkenaan, selain mendapatkan permit daripada pihak berkuasa.
Comments
The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini

Ni Semua Sebab Banyak Anak Murid Gagal Tahun Ni ...

Selepas 113 Hari Berjalan Kaki, Dua Pemuda Dari Pe ...

Bhpetrol Anjur 'program Balik Kampung Dengan Selam ...

Apple Kini Jual Kabel Audio Usb-c Ke 3.5mm, Berhar ...