Pada satu kesempatan, penulis sempat berbual dengan beberapa orang penduduk di sebuah perkampungan di Kuala Kangsar mengenai suasana politik hari ini. Tanpa sebarang topik khusus, soalan penulis lebih banyak kepada cara kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib hari ini dan apa pula pendapat mereka tentang pembangkang.
Kumpulan warga emas yang seramai 5 orang itu secara terbuka memperakui bahawa apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib hari ini memang menyasarkan keseluruhan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Mereka mengakui, tidak pernah terlintas difikiran mereka dahulu yang kerajaan akan memberi bantuan kewangan kepada rakyat seperti yang dilaksanakan menerusi Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).
Walaupun mengakui, bebanan kos sara hidup hari ini memang agak tinggi, namun sebagai penduduk di luar bandar, kenaikan kos ini tidak begitu terasa kerana sumber asas makanan mudah didapati bagi penduduk yang tinggal di luar bandar.
Ketika diminta mengulas mengenai pembangkang, mereka mengakui, apa yang dilakukan pembangkang hari ini, tidak banyak berubah sejak sekian lama. Cuma, apa yang mereka bimbangi adalah, corak politik yang diamalkan pembangkang kini lebih banyak menjurus kearah menghancurkan perpaduan negara berbanding menjanjikan sesuatu yang lebih baik dari apa yang mereka nikmati hari ini.
Sambil memberi contoh rancangan pembangkang terutamanya para pemimpin DAP yang ingin mengadakan pesta arak di Malaysia, ia merupakan satu tindakan yang memang tidak mungkin diterima oleh orang Islam terutamanya orang Melayu di seluruh negara. Kumpulan warga emas ini mempersoalkan, adakah mereka terlupa bahawa agama Islam merupakan agama rasmi di negara ini?
Lebih menghairankan, tidakkah kelompok ini sedar bahawa rancangan mereka ini pastinya mencabar kesabaran umat Islam di negara ini? Adakah mereka sengaja mahu menimbulkan ketegangan agama dengan mahu menganjurkan pesta yang secara terang-terangan dilarang sama sekali oleh Islam dan perundangan negara? Paling utama, adakah mereka cuba mewujudkan semula tragedi 13 Mei 1969 pada era moden hari ini?
Mana mungkin mereka tidak mengetahui bahawa di Malaysia, pesta seumpama ini pastinya akan mendapat tentangan dari ramai pihak. Mana mungkin mereka tidak mengetahui bahawa apa yang mereka rancangkan ini pasti akan menimbulkan rasa kurang senang dikalangan umat Islam walaupun penganjurannya dilakukan ditempat yang tertutup.
Sambil mengakui hak-hak mereka yang bukan beragama Islam untuk menikmati minuman keras ini, tegas sekumpulan warga emas ini, bukankah ianya lebih baik diadakan secara tertutup tanpa perlu mengwar-warkan pesta berkenaan?
Diakhir pertemuan berkenaan, salah seorang warga emas berkenaan memberitahu, dia sedih mengenangkan cabaran yang dihadapi oleh generasi pelapis negara hari ini. Sudahlah negara dikejutkan dengan tindakan jahat sekumpulan remaja membakar pusat tahfiz di Keramat baru-baru ini, ada pihak yang mempunyai agenda tertentu cuba menghancurkan lagi aqidah generasi pelapis umat Islam dan Melayu dengan penganjuran pesta yang langsung tidak boleh diterima oleh umat Islam dan kaum Melayu amnya.
Apa yang mereka bimbangi adalah, mungkin ada dikalangan pelapis Melayu terjebak menyertai pesta seumpama ini. Bukankah ianya seidkit sebanyak menyumbang kepada kehancuran dan menghancur lumatkan pegangan aqidah umat Islam di negara ini?
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini