Dulu dialah Raja segala tindakan membangkang dan mengkritik segala bentuk tindakan yang diambil oleh kerajaan, dialah Maharaja yang berkuasa di pentas pembangkang , dia juga raja mendesak kepada kerajaan agar ditubuhkan badan siasatan jika melibatkan penyelewengan.
Kit Siang seorang raja pembangkang kini seakan telah tertelan buku halkum apabila cadangan nya telah diluluskan oleh kerajaan untuk menyiasat isu Forex. Kini raja celupar dalam mengkritik kerajaan tidak lagi bersemangat seperti tahun 90-an.
Jika dulu, boleh dikatakan apabila giliran Menteri Kewangan menjawab soalan di Dewan Rakyat, Kit Siang tidak pernah melepaskan peluang untuk bertanyakan mengenai kerugian BNM akibat forex. Impiannya kini sudah menjadi kenyataan.
Tetapi amat menghairankan setelah tertubuhnya RCI Forex ini Kit siang seakan sudah kehilangan aura untuk mengkritik isu ini lagi. Mana tidaknya orang yang dikritiknya satu ketika dahulu adalah musuh politiknya yang paling ketat dan kini sudah menjadi rakan politik yang rapat.
Kit Siang terkenal dengan kelantangannya dalam satu-satu isu yang melibatkan kewangan. Bulan April yang lalu telah mengubah segalanya. Kit Siang telah dipanggil untuk memberi keterangan berkaitan dengan penyelewengan Forex. di Kementerian Kewangan, Putrajaya.
Dalam perjalanan ke Putrajaya , rupanya jangkitan sindrom pendek lidah telah berlaku dan sindrom hanya mampu menyebut dua patah perkataan telah menular ke otak Kit Siang. Sindrom “Tak Tahu” mula menjangkitinya.
Sidang panel diketuai oleh Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah mengambil keterangan dari Kit Siang dalam masa yang amat memilukan iaitu kurang dari 30 minit. Sedangkan fakta-fakta sebelum ini amat padat untuk meyakinkan kerajaan dalam penubuhan RCI Forex.
Sindrom “tidak tahu” sedang melanda dalam Negara sekarang dimana pada kebanyakkan pengamal Kleptokrasi sedang dihimpit persoalan demi persoalan yang mengheret leher mereka ketika ini. Penyakit “tidak tahu” ini menular secepat virus yang dibawa oleh udara dan air.
Penyakit berjangkit ini telah mula menghidap ke tubuh badan seorang pengamal kleptokrasi yang hebat di Malaysia bernama Mahathir. Penyakit “Tak tahu” ini dikesan apabila bermulanya siasatan terhadap pengkhianatan dana Negara dimana tertubuhnya Suruhanjaya Siasatan DiRaja diluluskan.
Terdapat beberapa individu pengamal kleptokrasi yang sedang dijangkiti oleh sindrom ini. Penularan jangkitan virus “tak tahu” ini telah dikesan berjangkit kepada Anwar Ibrahim, Daim Zainuddin dan Nor Mohamed Yakcop, nama Lim Kit Siang.
Kesemua mereka ini diantara yang telah dipanggil untuk membantu siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi membantu dan memberikan keterangan mengenai kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) akibat urus niaga matawang asing (Forex) diadakan sebelum ini.
Suruhanjaya Siasatan ini ditubuhkan oleh kerajaan dan telah diPerkenankan oleh YDP Agong setelah dua kali desakan yang dilakukan oleh Lim Kit Siang secara rasmi dalam Dewan Rakyat kepada kerajaan mengenai kehilangan wang rizab Negara.
Kit Siang adalah pengkritik paling lantang terhadap Mahathir ketika Bank Negara Malaysia (BNM) mengalami kerugian berbilion ringgit sekitar awal 90-an lalu sehingga kritikan dan maklumat kehilangan beliau tersebut telah ditulis dan dibukukan.
Malah Kit Siang yang menjadi ketua pembangkang pernah menyatakan bahawa kemungkinan Bank Negara mengalami kerugian antara RM 16.5 bilion ke RM25.6 bilion. Perkara itu terkandung dalam penyata rasmi Parlimen pada tarikh 12 April 1994.
Ketika itu juga, Kit Siang telah mengulangi seruannya supaya Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat kerugian besar itu.
Kini sudah terbukti hilang lebih dari RM32 billion seperti yang dijangka Kit Siang. Ia juga angka yang sama dengan apa yang dulu Kit Siang pernah tulis dalam bukunya bertajuk “The Bank Negara RM30 Billion Forex Losses Scandal” yang ada 38 mukasurat. Ditulis Kit Siang pada tahun 1994.
Tapi kini suara-suara Kit Siang tidak selantang dulu. Mungkin sebab beliau sudah bersama-sama dengan Mahathir yang selalu melaungkan “Melayu Mudah Lupa”. Kini wabak mudah lupa ini turut berjangkit pada Kit Siang.
Kit Siang pun sudah terjebak dengan wabak “tidak tahu” ini. Artikel-artikel yang berkaitan forex yang terdapat dalam blognya, Roketkini dan Malaysiakini sudah pun dipadam. Pembangkang memang berpakat hendak buat “tidak tahu” tentang wang yang hilang RM32 billion ini.
Selepas dipanggil RCI Forex, Anwar dan Mahathir menjadi bahan sinis netizen apabila mereka menjawab “tidak tahu” mengenai kerugian besar yang dialami oleh Bank Negara akibat urus niaga Forex itu.
Apabila konspirasi “tidak tahu” ini telah dirancang, memang tidak mengejutkan apabila Kit Siang tiba tiba menjadi bodoh mengenai Skandal Forex. Kit Siang juga tidak datang memberikan sokongan kepada Anwar dan Mahathir ketika mereka memberikan keterangan.
Daripada seorang ahli politik yang bersungguh-sungguh memperjuangkan isu kerugian Bank Negara Malaysia akibat kerugian berpuluh bilion itu pada sekitar tahun 90-an hingga menerbitkan buku mengenainya, Kit Siang kini meragui pula RCI yang ditubuhkan itu.
Sedangkan RCI itulah ditubuhkan mengikut kehendak Kit Siang sendiri. Sepatutnya Kit Siang berasa gembira kerana cadangannya dipersetujui kerajaan tetapi lain pula yang berlaku.
Memang boleh diagak kenapa Kit Siang berkeadaan demikian. Ini kerana musuhnya dulu kini telah menjadi kawannya. Rakyat kena “tahu” bahawa pembangkang memang berkonspirasi untuk bercakap “tidak tahu” mengenai wang yang hilang RM32 billion ini.
Sah sekarang, memang RM32 billion sudah hilang. Di mana pergi semua wang itu? Masuk ke poket siapa? Siapa yang tiba-tiba jadi billionair selepas tahun 1994? Ini yang rakyat kena cungkil dan ambil tahu. Lihatlah senarai Forbes Malaysia, siapa yang ada situ.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini