Permohonan lesen alkohol untuk pesta arak Oktoberfest yang bakal diadakan di tengah-tengah Glasgow telah ditolak, berikutan keganasan yang telah tercetus di acara itu pada tahun lepas.
Lembaga pelesenan bandar itu menolak permohonan itu selepas Polis Scotland menyerahkan laporan yang memperincikan “beberapa kebimbangan” mengenai para pengunjung pesta yang berkelakuan tidak senonoh dan agresif.
Penganjur acara diberitahu bahawa Blythswood Square, lokasi yang dirancang untuk pesta itu yang terletak di utara bandar, sebagai tidak sesuai, kerana pengunjung pesta itu akan “memberi ancaman kepada pejalan kaki dan menjadi beban kepada jalan-jalan disekitarnya”.
Pada acara tahun lepas, polis berkata mereka terpaksa menghantar beberapa van rusuhan selepas “beberapa pergaduhan tercetus” di kalangan anggaran 2,200 pengunjung pesta itu – sebahagian besar daripada mereka dalam keadaan mabuk.
Pegawai polis juga menegaskan kekurangan kakitangan keselamatan yang ditugaskan pada acara itu, yang mana menurut penganjur ia ada kaitan dengan masalah “kakitangan tidak sihat” pada hari pesta itu.
Secara keseluruhannya, 25 pengunjung pesta itu dikeluarkan dari pesta itu dan beberapa ditahan atas kesalahan tingkah laku mereka.
Laporan itu menceritakan bagaimana “tiga lelaki ditangkap dan diberikan notis penalti tetap atas pelanggaran keamanan” kerana tingkah laku mereka pada malam acara itu, dan yang lain ditahan kerana cuba menyerang pegawai polis.
Kenyataan dari penganjur Oktoberfest itu berkata: “Kami sedang berusaha mencari lokasi terbaik yang sesuai kerana lembaga pelesenan telah membuat keputusan bahawa Blythswood Square bukanlah lokasi yang sesuai.
“Kami sedang berusaha mencari lokasi yang terbaik dan akan mengumumkannya tidak lama lagi.”
Tiket untuk pesta itu bernilai £36 untuk arak dan makanan, dan boleh mencecah sehingga £56 untuk “pakej VIP”, dan banyak tiket telah pun dijual. Satu meja untuk lapan tetamu di pesta itu bernilai sehingga £288.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini