Get $25 free
loading...

Cadangan Perniagaan Buka Dobi Layan Diri dan Cuci Kereta Di Masjid Banyak Manfaat-Ghazali Taib

Share This:

Masjid yang mempunyai lebihan dana terutama di kawasan bandar Terengganu disaran wujudkan pusat perniagaan menawarkan pelbagai perniagaan kategori perkhidmatan kepada masyarakat setempat sebagai jihad ekonomi umat Islam.

Exco negeri, Ghazali Taib berkata antara perniagaan perkhidmatan yang boleh beroperasi di masjid adalah seperti dobi layan diri dan mencuci kereta.

“Banyak manfaat bakal diperoleh pihak pengurusan masjid iaitu menjana keuntungan yang boleh dipulangkan semula kepada penduduk di mukim itu terutama golongan susah dan fakir miskin.

“Bagi pelanggan pula, mereka boleh meluangkan masa sementara menunggu pakaian atau kereta itu siap dicuci untuk mengikuti ceramah, kelas usrah atau melakukan ibadah lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai dobi khas untuk umat Islam yang menjadi kontroversi di Johor baru ini.

Ghazali yang juga ADUN Ajil berkata perkara itu perlu dilihat lebih positif tanpa melibatkan isu perkauman.

“Kewujudan perniagaan kategori perkhidmatan di masjid sangat tepat pada masanya terutama untuk golongan wanita yang akan berasa lebih selamat kerana masjid selalunya sentiasa dipenuhi ramai jemaah sepanjang masa dan ini boleh mengurangkan kadar jenayah seperti ragut dan pecah kereta.

“Selain memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak mukim, perkhidmatan ini juga sangat diperlukan golongan bermusafir yang sering singgah di masjid untuk berehat.

“Keutamaan perkhidmatan kepada penduduk Islam setempat namun kita tidak menghalang penduduk bukan turut mendapat perkhidmatannya kerana Islam itu adalah agama rahmat untuk semua manusia dan sekalian alam,” katanya.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...