Get $25 free
loading...

Rombongan Rehlah Mahabbah Wasatiyyah Kagum Sekolah Darul Barakah Pattani

Share This:

PATTANI, Thailand – Sebuah sekolah yang memberikan pendidikan agama kepada anak yatim dan miskin mampu beroperasi dengan sendiri dengan prasarana terbaik biarpun tidak mendapat bantuan daripada kerajaan hanya dengan semangat bersungguh-sungguh memberikan pendidikan Islam kepada pelajar-pelajarnya.

Itulah Sekolah Darul Barakah yang diuruskan oleh Yayasan Anak Yatim Cemerlang yang terletak di dalam daerah Pattani, selatan Thailand yang diuruskan secara persendirian.

Sekolah berkenaan menjadi destinasi lawatan kedua semalam dalam program Rehlah Wahabbah Wasatiyyah yang diketuai oleh Penasihat Institut Wasatiyyah Datuk Akmar Hisham Mokhles. Lawatan itu bermula pada 26 September dan akan berakhir esok.

Peserta rombongan disambut oleh paluan kompang oleh pelajar-pelajar perempuan sekolah berkenaan serta majlis sederhana menerima kedatangan rombongan berkenaan yang disertai oleh 17 orang pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran, Al-Qiraati Addin II (MTQ2), empat orang Tok Sidang dan pemimpin masyarakat setempat dari daerah Parit, di Perak.

Pengasas Yayasan Anak Yatim Cemerlang, Ustazah Umi Mariam yang menguruskan sekolah berkenaan dalam ucapannya berkata sifat ikhlas dan bersungguh adalah kunci utama kepada kejayaan menguruskan sekolah berkenaan tanpa sebarang bantuan daripada kerajaan.

Beliau berkata walaupun sentiasa berpesan kepada pelajar-pelajarnya bahawa tangan yang diatas adalah lebih baik dari yang dibawah, beliau mengakui ada ketikanya pihak sekolah memohon bantuan dan sumbangan untuk mengendalikan operasi sekolah berkenaan.

Pihak sekolah masih mampu memberikan pendidikan percuma kepada 1,200 orang pelajarnya yang diajar oleh kira-kira 115 orang guru.

Menurut Akmar Hisham, meskipun ia adalah sebuah sekolah persendirian, namun ia masih mampu memberikan pendidikan percuma lebih 40 orang anak yatim dan kira-kira 200 orang pelajar miskin.

Menurut beberapa orang guru yang ditemui, mereka menyatakan bahawa kos untuk menguruskan seorang pelajar di sekolah berkenaan adalah kira-kira RM250 setahun (THB1,973.53 Baht) dan orang ramai boleh membantu menghulurkan bantuan kepada pengurusan sekolah berkenaan untuk menampung operasinya.

Katanya lagi, kebanyakan anak yatim yang belajar di Sekolah Darul Barakah kehilangan bapa kerana mati ditembak dalam beberapa kejadian tembakan rambang yang berlaku di sekitar daerah Pattani.

Dalam lawatan itu, Akmar Hisham yang juga Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyampaikan sumbangan kepada yayasan berkenaan.

Program Rehlah Mahabbah Wasatiyyah dianjurkan oleh Yayasan Sahabat Bina Negara (YSBN) dan Institut Wasatiyyah yang mana Akmar Hisham adalah Penasihatnya.

Usai majlis, beliau dan ahli rombongan berkenaan dibawa melawat sekitar kawasan sekolah dan melihat suasana pembelajarannya.

Yang uniknya, pelajar sekolah berkenaan di peringkat menengah hanyalah pelajar perempuan sahaja dan tidak ada pelajar lelaki.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...