Get $25 free
loading...

Sayangnya, Mereka Tidak Mampu Bangkit Dari Kubur…

Share This:

Pemisah antara kehidupan adalah kematian dan itu sudah menjadi resam dunia sejak dunia ini dibentuk oleh Allah S.W.T. Tidak ada sebarang kuasa yang mampu mengubahnya dan tidak akan ada sebarang kebangkitan semula setelah seseorang itu meninggal dunia. Jika ada sekalipun, ianya berlaku semasa zaman Nabi Allah Isa Alaihissalam semasa Baginda menunjukkan mukjizat Baginda.

Adalah sesuatu yang cukup mendukacitakan sekiranya ada dikalangan manusia yang masih bernyawa, hanya pandai menunding jari kepada orang yang sudah meninggal dunia demi mahu melepaskan dirinya. Ya, mungkin di dunia seseorang itu boleh lepas dan bebas dari mahkamah dunia namun di akhirat kelak, tidak ada sesiapa pun dapat melepaskan diri dari mahkamah Allah S.W.T.

Inilah yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir sepanjang siri melepaskan dirinya dari sebarang pertuduhan. Terlalu banyak perkara yang memaliti dirinya yang menuntut Mahathir berlaku jujur untuk menjawabnya. Namun apa yang yang Mahathir pilih adalah menyalahkan orang yang sudah meninggal dunia.

Lihat sahaja bagaimana dia mahu melepaskan diri sewaktu isu Memali menyelubungi kembali dirinya. Dia menyalahkan Allahyarham Ibrahim Libya dan bekas Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub diatas kematian 12 orang penduduk kampung di Memali dan 2 orang anggota keselamatan yang terkorban sewaktu menggempur kampun Memali dahulu.

Tidak ketinggalan juga, dia turut menyalahkan Allahyarham Tan Sri Jaafar Hussien yang didakwanya culas semasa perjudian besar-besaran wang negara dalam forex. Dia juga turut menyalahkan Allahyarham Tan Sri Ani Arope di atas kenaikan tarif elektrik yang didakwanya gagal diuruskan oleh Allahyarham.

Terbaru, semasa mengadakan kunjungan ke Sarawak, Mahathir tergamak menyalahkan individu yang digambarkannya sebagai mentornya di dalam politik, Tun Abdul Razak Hussien yang didakwanya punca kepada ketidak adilan pembahagian hasil royalti petroleum antara kerajaan pusat dan Sarawak. Dia mendakwa, perjanjian royalti yang ditandatangani pada 1974 itulah yang menyebabkan pembahagian berkenaan tidak adil dan samarata.

Cukup sayang sekali, Allahyarham ibrahim Libya, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, Allahyarham Tan Sri Jaafar Hussien, Allahyarham Tan Sri Ani Arope, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussien dan Allahyarham Tun Ghaffar Baba tidak mampu bangkit semula dari kubur untuk mempertahankan diri mereka dari terus menerus di tuduh sebagai punca segala masalah yang berlaku semasa pentadbirannya.

Hari ini, Mahathir mungkin boleh menunding jari kepada mereka yang telah meninggal dunia demi mahu menyelamatkan dirinya. Mahathir mungkin boleh menipu tentang penglibatan mereka kerana mereka tidak mampu lagi membela diri mereka. Namun Mahathir harus ingat, kebenaran akan datang jua akhirnya walaupun Mahathir sedaya upaya mahu menafikannya. Ini adalah hakikat yang harus Mahathir telan!

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...