Get $25 free
loading...

Akyol pulang cara VIP, selepas campur tangan bekas presiden Turki

Pengarah IRF, Datuk Dr Ahmad Farouk Musa berkata, Akyol menaiki pesawat melalui balai pelepasan khas yang biasanya dikhaskan untuk penumpang VIP.

Mustafa-Akyol_videoKUALA LUMPUR: Penulis terkemuka, Mustafa Akyol meninggalkan Malaysia dengan cara VIP susulan campur tangan personaliti terkenal di Turki serta Malaysia, berbeza dengan layanan beliau terima daripada pihak berkuasa agama.

Antara nama yang dimaklumkan kepada FMT termasuk bekas presiden Turki, Abdullah Gul, yang dipercayai menghubungi personaliti penting di Malaysia, mendapat tahu mengenai penahanan Akyol di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Isnin lalu.

Akyol sendiri mengesahkan perkara itu di Twitternya semalam, beberapa jam selepas tiba di Boston, Amerika Syarikat, di mana beliau ialah seorang pensyarah di Universiti Denver.

“Saya amat bersyukur kepada bekas presiden Turki, Abdullah Gul atas peranan pentingnya dalam pembebasan saya dairpada ditahan di Malaysia,” kata kolumnis New York Times itu, yang berada di Malaysia minggu lalu dalam siri ceramah anjuran Islamic Renaissance Front (IRF).

Gul, bekas menteri luar yang dilantik sebagai presiden ke-11 Turki, terkenal dengan peranannya menyingkirkan kuasa tentera daripada politik negara itu. Beliau ialah seorang daripada pengasas Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), tetapi berwaspada dengan tidak menyokong penggantinya, Recep Tayyip Erdogan, di mana kerajaan pimpinannya menahan pengkritiknya selepas rampasan kuasa gagal tahun lalu.

Susulan pembebasannya, berita mengenai penahanan Akyol di Malaysia tersebar dengan cepat di kalangan pengguna media sosial Turki dan menjadi perbualan hangat selama 6 jam.

“Saya berharap insiden ‘trending’ itu dapat membantu memulakan beberapa perbahasan di Malaysia mengenai ‘polis penguatkuasaan agama’,” katanya yang lantang membangkitkan isu kebebasan bersuara di negara Islam.

Antara mereka yang hadir untuk menghantar Akyol meninggalkan Malaysia pada Selasa malam ialah Datuk Redzuan Kushairi, ahli Majlis Diraja Perak yang turut menganggotai kumpulan moderat Melayu G25, serta beberapa individu lain yang tidak mahu dinamakan.

Mereka hadir bersama bekas timbalan menteri pengajian tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan bekas setiausaha perbendaharaan, Tan Sri Mohd Sheriff Kassim.

Pengarah IRF, Datuk Dr Ahmad Farouk Musa berkata, Akyol menaiki pesawat melalui balai pelepasan khas yang biasanya dikhaskan untuk penumpang VIP.

Bercakap kepada FMT sebelum berlepas dari Malaysia, Akyol berkata, ini kali pertama beliau ditahan.

“Saya tidak pernah ditangkap sebelum ini atas sebarang kesalahan, apatah lagi ketika menyampaikan beberapa ceramah.

“Ini bukan sesuatu yang saya bayangkan. Saya boleh membayangkan perkara ini mungkin berlaku di Arab Saudi, tetapi saya fikir Malaysia adalah masyarakat yang lebih terbuka,” katanya.

Akyol ialah penyokong kuat kebebasan bersuara di negara Islam dan sering mengkritik pendukung Islamis dan sekularis di negara asalnya.

Kehadiran ke-5 beliau ke Malaysia kali ini, mendapat bantahan beberapa kumpulan Islam konservatif dan pihak berkuasa agama yang mendakwa beliau mengajar agama Islam tanpa tauliah.

Akyol sebelum ini diberikan surat arahan untuk menghadirkan diri ke pejabat Jawi di Kuala Lumpur, atas tuduhan “mengajar agama tanpa tauliah”, sebelum menekan penganjur membatalkan sebuah forum yang turut menampilkan Akyol.

Jawi berkata, Akyol ditahan berdasarkan satu “aduan daripada orang ramai” berhubung ceramah beliau dalam perbincangan meja bulat bertajuk “Does freedom of conscience open the floodgate to apostasy?” di Kelab Golf Royal Selangor di Kuala Lumpur.

Jawi turut memanggil Dr Farouk untuk disoal siasat kerana didakwa “bersubahat” dengan Akyol.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...