Get $25 free
loading...

Video Histeria Beramai-ramai Serang Penghibur Festival Praktikum

Share This:

FENOMENA histeria beramai-ramai telah menyerang penghibur di Festival Praktikum yang diadakan di Kompleks Lama Dewan Undangan Negeri di sini kira-kira pukul 9 malam tadi.

Pelakon yang dijadualkan untuk beraksi di acara itu dilaporkan mula menjerit secara histeria dipertengahan persembahan kedua malam itu.Keadaan huru-hara melanda penghibur yang berpakaian tradisional ketika mereka jatuh ke lantai sambil menjerit.

Rakan sepasukan mereka bergegas untuk membantu. Bilangan sebenar penghibur yang terjejas tidak diketahui, tetapi majlis itu telah dipendekkan.Mereka yang terjejas dibawa ke luar kompleks, dan pada ketika ini ada yang masih dibawah pengaruh fenomena tersebut.

Persaingan di peringkat pusat pertunjukan lagu dan tarian tradisional itu dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan bersama-sama dengan Persatuan Seni Sarawak.

– PRU14.tv

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...