Get $25 free
loading...

Zakir Naik solat Jumaat di Putrajaya

Penceramah kontroversi itu sedang mengelak daripada pihak berkuasa India atas tuduhan pengubahan wang dan dakwaan berkaitan terorisme.

zakirputrajaya

Kredit gambar: Facebook Dr Mohamed Said.

PETALING JAYA: Seorang pengguna Facebook hari ini memuat naik gambar yang mengesahkan penceramah Dr Zakir Naik yang sedang melarikan diri berada di Malaysia.

Zakir dalam siasatan pihak berkuasa India atas tuduhan pengubahan wang dan dakwaan berkaitan terorisme.

Pengguna Facebook Dr Mohamed Said memuat naik gambar itu pada 2.20 tengahari selepas solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, atau lebih popular dengan gelaran Masjid Besi.

“Alhamdulillah, hari ini kita menyertai solat Jumaat bersama Dr Zakir Naik di Masjid Tuanku Zainal Abidin di Malaysia,” katanya.

Penemuan ini berlaku sejurus selepas penyiasat India dimaklumkan mengenai kaitan Zakir dengan gangster terkenal Dawood Ibrahim.

Menurut portal berita India, The Siasat Daily, adik Dawood, Iqbal Kaskar dan ketua pegawai kewangan Zakir, Aamir Gazdar mendedahkan kepada polis bahawa Dawood, yang melarikan diri ke Pakistan, membantu membiayai yayasan yang diasaskan Zakir, Yayasan Penyelidikan Islam (IRF).

Bulan lepas, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menafikan laporan Times of India yang mengatakan Zakir berada di Malaysia kerana bersembunyi daripada pihak berkuasa India.

“Mereka juga pernah membuat laporan salah apabila mendakwa kerajaan memberi kewarganegaraan kepada Zakir,” katanya kepada FMT 18 Ogos lalu.

Zakir, yang menyinggung perasaan persatuan sivil dan kumpulan bukan Islam di Malaysia dengan ucapan yang menyentuh fahaman Hindu dan Kristian, diberi status pemastautin tetap oleh kerajaan Malaysia kira-kira 5 tahun lepas.

Pasport Indianya dibatalkan pada Julai dalam usaha pihak berkuasa India menyekat pergerakannya, tetapi beliau dilaporkan diberi kewarganegaraan Saudi.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...