Get $25 free
loading...

Pesta Arak F&B Festival, Polis Klang Tak Luluskan

Share This:

PESTA arak yang ditukar nama kepada Centro German F&B Party tidak akan dapat diadakan memandangkan polis tidak akan meluluskan sebarang permit bagi penganjuran pesta tersebut walaupun permohonan tersebut akan dibuat dibawah “clause” makanan dan minuman Jerman.

Menurut perancangan penganjur, pesta itu dijadualkan berlangsung di sebuah pasar raya di Klang pada 12 dan 13 Okt ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mazelan Paijan ketika dihubungi berkata festival itu turut menyediakan minuman keras atau arak. Mereka menerima arahan supaya menyekat sebarang penganjuran pesta arak.

“Pihak saya tidak membenarkan seperti arahan yang dikeluarkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini supaya polis memastikan tiada sebarang pesta arak dianjurkan,” katanya.

Sehingga kini juga kata Mazelan polis belum menerima sebarang surat permohonan daripada penganjur.

Sekiranya ada pihak mendakwa sudah mendapat kelulusan, katanya, itu adalah surat kebenaran palsu.

Memetik artikel Berita Harian, Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim mengingatkan PAS supaya tidak mencampuri urusan penganjuran pesta arak ‘Better Beer Festival 2017’ (BBF17) di negeri ini.

Sambil menempelak PAS, beliau berkata, kadar AIDS dan isu sosial di Kelantan adalah lebih tinggi berbanding Selangor walaupun pesta arak tidak dianjurkan di negeri ditadbir PAS itu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian; Perdagangan, Industri Kecil; Sederhana dan Pengangkutan negeri bagaimanapun berkata kerajaan negeri secara dasarnya menghormati proses demokrasi dan menghormati hak setiap rakyat Selangor tanpa mengira kaum dan agama.

Sebelum ini, Majlis Perbandaran Klang(MPK) dilapor meluluskan penganjuran pesta makanan dan minuman itu tetapi perlu mematuhi beberapa syarat, termasuk melarang kemasukan orang Islam ke kawasan penganjuran acara selain perlu mendapatkan permit daripada pihak berkuasa.

Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin, berkata pihaknya membenarkan penganjuran Centro Mall German Food & Beverage Festival pada Oktober ini selepas penganjur patuhi syarat ditetapkan.

Antara syarat itu, penganjur perlu mendapatkan lesen menyediakan minuman keras daripada Pejabat Tanah dan Daerah Petaling serta pengesahan polis, selain tidak membenarkan orang Islam menghadiri festival pada 12 dan 13 Oktober itu.

Tindakan polis yang membuat kenyataan tidak akan meluluskan pesta arak tersebut merupakan satu tamparan hebat buat DAP yang dilihat sedaya upaya mahu mengambarkan bahawa Islam bukan agama rasmi Malaysia.

– PRU14.tv

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...