Get $25 free
loading...

Gagal Tunai Janji PRU, Rakyat Pulau Pinang Dan Selangor Makin Tolak Pakatan

Share This:

Terdapat beberapa indikasi kuat menunjukkan pola sokongan pengundi Melayu khususnya kepada Barisan Nasional (BN) di Seluruh Negara terus mengalami peningkatan berbanding pilihanraya lalu.

Keadaan itu berlaku akibat kesan kenaikan kos percukaian yang mendadak serta kegagalan pihak pembangkang menunaikan janji pilihanraya yang berusia hampir 10 tahun iaitu dua penggal di negeri yang mereka perintah. Bebanan ini  yang semakin dirasai bukan sahaja bagi penduduk di kawasan bandar tetapi juga di luar bandar.

Malahan  melalui beberapa fakta yang dilihat  turut  memperlihatkan  sokongan kepada Najib di kalangan orang Melayu dilihat lebih tinggi berbanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Peningkatan sokongan ini adalah disebabkan beberapa faktor yang dilihat memberikan impak yang besar dikalangan rakyat. Diantara keluhan sebelum ini  ialah  berkaitan dengan sistem pengangkutan awam yang berada ditakuk lama.

Kerajaan dibawah kepimpinan Najib Razak telah melakukan beberapa kajian secara menyeluruh dan  telah melakukan penambahbaikan serta pembaharuan dan memperlebarkan jaringan sistem pengangkutan demi kemudahan rakyat.

Jika dibandar kesesakan telah dapat diatasi dengan  terlaksananya MRT dimana telah memberikan impak yang besar dikalangan masyarakat bekerja dibandar-bandar. Tetapi ianya tidak berlaku dipihak pembangkang  yang mana telah mengabaikan janji-janji sebelum ini.

Malah tiada satu pun yang telah dilaksanakan mahu pun sebuah rumah mampu milik. Pihak pembangkang hanya tahu berpolitik dan melakukan skandal-skandal yang menghabiskan dana rakyat atas nama pembangunan yang tidak memberikan impak kepada rakyat.

Bukan itu sahaja penolakan rakyat terutama golongan muda dalam Negara ini adalah disebabkan penghinaan terhadap Islam dimana  pihak pembangkang dilihat seakan sedang mencabar perlembagaan Negara dengan program yang mereka lakukan.

Persoalan utama sekarang bukan penurunan sokongan pengundi Melayu kepada pembangkang sememangnya amat ketara. Sikap dan perubahan slogan  kepada “tsunami Melayu” telah di hebahkan oleh pihak pembangkang untuk mewujudkan kebencian pengundi Cina kepada BN.

“Tsunami Melayu” yang dilancarkan  oleh pihak pembangkang menunjukkan  bagaimana kemerosotan sokongan pengundi Melayu terhadap Pakatan Harapan. Mereka mensasarkan sebanyak 10% sokongan Melayu akan beralih arah kepada mereka.

Perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini, desakan dan kemerosotan sokongan telah menyebabkan pihak pembangkang mengalihkan kepada beberapa perubahan  peruntukan terhadap Majlis Agama Islam terutama berkaitan bantuan-bantuan  yang sebelum ini tidak pernah diberikan.

Hal ini kita dapat lihat bagaimana kerajaan Pulau Pinang  secara terbuka telah mengistiharkan berbagai bentuk bantuan kepada golongan Melayu termasuk bantuan banjir yang hanya  lekat celah gigi sahaja. Dengan bantuan ini mereka akan  melancarkan propaganda  bahawa mereka adalah sebuah kerajaan yang amat prihatin.

Walaupun pada dasarnya penindasan secara psikologi tetap diteruskan  dengan menidakkan hak-hak  rakyat dalam  menikmati arus pembangunan serta  pemilikan rumah mampu milik dan PPR  yang sepatutnya telah dinikmati.

Justeru itu, dalam apa keadaan sekali pun, pengundi harus ingat bahawa puak Chauvanis akan menjadi berbagai rupa asalkan ianya memberikan  mereka kuasa dan pulangan politik jangka panjang walaupun mereka terpaksa mengeluarkan wang yang banyak asalkan agenda mereka tercapai.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...