Ikrar tersebut penting sekaligus menunjukkan komitmen kerajaan pimpinan Azmin mentabdir negeri dengan bersih tanpa rasuah dan salah guna kuasa.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menunggu kerajaan Selangor pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, setakat ini, semua negeri sudah melafazkan dan menandatangani ikrar tersebut kecuali Selangor.
Menurutnya, ikrar tersebut penting untuk menunjukkan komitmen kerajaan mentabdir negeri tanpa rasuah dan salah guna kuasa.
“Kita masih menunggu bila mereka nak nyatakan sama ada nak buat atau tidak IBR.
“Saya yakin sehingga akhir tahun ini agensi kerajaan dan badan berkanun, pihak kementerian keseluruhannya akan mengadakan IBR,” katanya selepas merasmikan Kempen Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) dan 3J dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Terminal Bandar Tasik Selatan (TBS) hari ini.
Sementara itu, Dzulkifli berkata kadar rasuah mencatatkan penurunan dan berkata tindakan agresif SPRM akan diteruskan.
“Kita tidak akan berhenti. Hari ini ada lagi tangkapan, esok akan ada tangkapan. Kita tunggu sahaja,” katanya.
Comments
The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini
