Get $25 free
loading...

Penyanyi ‘Marilah Mengundi’ diberi anugerah sempena Maal Hijrah

Penyanyi terkenal 1970-an, Rocky Din, diberi anugerah tokoh seni oleh Persatuan Melayu Pulau Pinang.

VIDEO INSIDE

Tokoh-Maal-hijrah

GEORGE TOWN: Sepertimana bintang Hollywood, Sylvester Stallon, nama “Rocky” turut sinonim dengan seorang penyanyi tempatan terkenal yang mendendangkan lagu “Marilah Mengundi”.

Rocky Din, atau nama sebenar Mohd Hashim Mohd Sharif, berkata nama itu terletak padanya seperti juga nasib Stallone hari ini, yang melakonkan watak Rocky dalam 5 filem aksi tinju.

“Ibu mertua pun panggil saya Rocky. Saya sudah terbiasa dengan nama itu,” kata Rocky, 68, apabila ditemui pemberita hari ini.

Rocky diberi anugerah Tokoh Seni oleh Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Mohd Yusoff Latiff sempena Maal Hijrah hari ini.

“Saya rasa amat berbangga menerima penghargaan ini sempena Maal Hijrah. Saya langsung tak sangka akan menerima anugerah selama 50 tahun berkecimpung sebagai penyanyi. Terharu masih ada orang yang mengingati saya,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat Pemenang hari ini.

Menceritakan bagaimana beliau mendapat gelaran “Rocky”, ia bermula apabila beliau menyertai pertandingan tiru gaya Elvis Presley di Panggung Cathay (kini Mydin) di Jalan Penang.

Pengacara majlis tersilap mengumumkan namanya sebagai Rocky Din, apabila beliau menang tempat ketiga. Rocky berkata pengacara mungkin terkeliru namanya dengan pemenang hadiah pertama, Rocky Chong.

Nama itu terletak apabila beliau menyertai pertandingan pencarian bakat RTM 1967, apabila beliau diperkenalkan sebagai Rocky.

Nama Rocky menjadi masyhur apabila menyertai pertandingan Bintang RTM bersama bintang nyanyian Datuk Sudirman Arshad antara 1975 dan 1977.

Berasal dari Teluk Ayer Tawar, Butterworth, Rocky diberi penghormatan menyanyikan lagu “Marilah Mengundi” pada 1977 apabila beliau menarik perhatian seorang pencungkil bakat semasa menyertai pertandingan Bintang RTM.

Sejak itu Rocky menyanyikan banyak lagu patriotik untuk RTM.

Pada 2013, lagu “Marilah Mengundi” diolah menjadi lebih moden untuk menarik perhatian generasi muda.

Rocky pernah menghasilkan album dan juga untuk penyanyi terkenal masa silam seperti Mariam Ahmad, Sharifah Aini, Hang Mokhtar dan Nurli Ismail.

Rocky, bapa kepada 5 orang anak, penyanyi sepenuh masa di Restoran Pen Mutiara.

Beliau sebelum ini kakitangan sepenuh masa di Lembaga Letrik Negara dan kemudian Tenaga Nasional Berhad di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...