Get $25 free
loading...

Pembangkang Yakin FBI Tangkap Najib, Kenapa Hentam Lawatannya Ke Amerika?

Share This:

Puak pembangkang Pakatan Harapan (PH) begitu yakin bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan ditahan oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan juga Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) sebaik tiba di sana atas undangan Presiden AS, Donald Trump esok.

Mereka menyatakan bahawa FBI dan DOJ akan menahan Najib sebaik mendarat di AS, dan bermacam-macam cerita lagi berkaitan penahanan beliau diceritakan oleh mereka.

Bagaimanapun, jika yakin sangat Najib akan ditangkap, kenapa mereka menghentam lawatan kerja berkenaan seperti marah dan dengki akan jemputan yang dibuat Trump.

Lawatan kerja Najib ke AS kali ini adalah atas jemputan rasmi dari Trump untuk membincangkan perkara berkaitan hubungan kukuh dua hala antara Kuala Lumpur-Washington.

Sejak zaman bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang berjumpa George Gush dulu di White House selepas melobi kali ini ia adalah jemputan rasmi dari seorang Presiden kepada Perdana Menteri sebuah negara seperti Malaysia.

Ramai yang menganggap, Presiden Trump akan mengambil kesempatan pertemuan dengan Najib untuk menjelaskan pendirian sebenar AS dalam kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memandangkan beliau dikatakan tidak begitu yakin dengan DOJ negara itu walaupun beliau adalah Presiden negara itu.

Bagi rakyat, pemergian Najib ke Washington DC adalah satu penghormatan buat Malaysia daripada Trump untuk mengadakan pertemuan di White House seterusnya mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara.

Sudah berapa kali sebelum ini, pembangkang cakap Najib akan ditahan dan disiasat berkenaan kes 1MDB tapi satu pun tak berlaku.

Selepas beberapa kali gagal, mereka dengan bodohnya menuduh pula Presiden Trump adalah seorang yang bodoh kerana menjemput Najib.

Padahal, di bawah Trump begitu ramai penasihat termasuk beberapa orang anaknya yang begitu arif dalam hal ehwal perniagaan dan sudah tahu akan siapa yang mengamalkan salah guna kuasa dan penyelewengan bukan seperti pemimpin pembangkang.

Pemimpin PH ini hanya tahu gunakan pengaruh untuk memperbodohkan minda rakyat Malaysia dengan kenyataan bodoh seperti ini. Adakah mereka fikir ini pertemuan dua orang yang tidak mengetahui apa-apa tentang pentadbiran dan ekonomi?

Mereka tahu, perancangan hendak menggunakan DOJ untuk memburukkan reputasi Najib dan 1MDB akan gagal jikalau pertemuan Trump dan Najib ini berjaya serta berjalan dengan lancar.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...