Pelakon dan usahawan Datuk Boy Iman menyangkal sekeras-kerasnya tuduhan bahawa dia cuba melakukan penipuan penjualan rumah melalui syarikat DBI Homes seperti didakwa Facebook (FB) PW Community, baru-baru ini.
Menerusi status itu, PW Community mendakwa DBI cuba mengutip dana untuk menipu orang awam dengan
menggunakan helah menjual rumah berharga semasa RM200,000 pada harga RM50,000.
Posting itu turut mendedahkan DBI Homes menggunakan teknik skim piramid dalam mengumpulkan dana dan menawarkan rumah dengan harga murah sebagai tarikan.
Memetik mStar Online, Boy Iman bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan. Pemilik nama sebenar Norul Iman Abd Rahman itu memaklumkan pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik FB terbabit.
“Itu fitnah dan saya sudah berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang minggu ini.
“Buat apa nak menipu, saya ini selebriti yang dikenali dan tidak boleh lari kemana-mana.
“Kalau ada sesiapa yang menjadi mangsa penipuan saya sila kemukakan bukti dan buatlah laporan polis,” katanya kepada mStar Online.
Dalam masa sama, Boy percaya pengendali laman Facebook berkenaan dibayar pihak tertentu untuk menyekat periuk nasinya.
“Saya mendapat tahu laman tersebut telah dibayar oleh kontraktor binaan yang tidak berpuas hati dengan harga rumah yang kami tawarkan.
“Rumah murah yang kami bina itu terhad dan kalau nak tahu kita ada bina rumah berharga lebih RM500,000.
“Tidak apalah, saya sudah biasa dihentam dan tunggulah tindakan saya selanjutnya,” jelasnya.
Anda rasa siapa betul? Apapun, semoga hal ini dapat diselesaikan segera dengan cara baik
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini