Get $25 free
loading...

Kisah Melodrama “Kesakitan” Anwar Dari Penjara Sungai Buloh

Share This:

Untuk kesekian kalinya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana didakwa mengalami masalah darah yang tidak stabil. Sudah untuk kali keberapa dia dikejarkan ke hospital atas alasan pelbagai kesakitan, kita sendiri sudah tidak terkira. Cuma, apa yang pasti, setiap kali dia dipenjarakan, hampir selang 3 bulan, dia akan dikejarkan ke hospital atas alasan sakit.

Apa yang menghairankan, hanya Anwar sahaja yang mendapat layanan yang cukup istimewa ini. Bagi banduan-banduan lain yang menghuni penjara Sungai Buloh, sekiranya mereka sakit, mereka akan mendapat rawatan dari hospital yang ada di dalam penjara. Cuma, apabila didapati mengancam nyawa, barulah banduan berkenaan dihantar ke Hospital yang berdekatan.

Lain pula halnya dengan Anwar. Mungkin, sekiranya Anwar mengalami luka akibat terjatuh semasa menjalani aktiviti riadah di dalam penjara, dia akan merintih kesakitan seperti telah patah segala tulang. Tujuannya hanya satu, untuk keluar sebentar dari penjara untuk mendapatkan rawatan.

Menariknya, Anwar tidak pula meminta untuk mendapatkan rawatan dari Hospital Sungai Buloh. Setiap kali dia sakit, Hospital Kuala Lumpur menjadi pilihan utamanya selain daripada beberapa hospital yang berada agak jauh dari Sungai Buloh. Timbul juga persoalan, apa helah sebenar Anwar untuk mendapatkan rawatan, jauh dari Sungai Buloh?

Tiada siapa pun dari orang awam mengetahui, apa yang Anwar dapat hasil daripada rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Namun, menurut beberapa saksi yang menyaksikan Anwar di rawat di HKL, dia sebenarnya tidaklah mengalami kesakitan seperti yang didakwa. Setibanya di HKL, tekanan darahnya akan diambil dan dirawat seperti biasa.

Cuma yang luar biasanya adalah, setiap kali Anwar keluar, ada sahaja ahli keluarganya tiba untuk menemaninya. Menurut saksi ini lagi, ia seolah-olah memberikan peluang buat Anwar menyampaikan amanatnya kepada sekutunya di dalam pembangkang, lebih-lebih lagi sekiranya berlaku sesuatu yang boleh mengancam kekuatan Pakatan Harapan yang diketuainya.

Justeru, tidak hairanlah apabila setiap bulan, ada sahaja kenyataan Anwar akan keluar walaupun Ketua Pengarah Penjara Sungai Buloh menafikan Anwar boleh mengeluarkan kenyataan. Mungkin juga, jika bersandarkan kepada kenyataan saksi-saksi ini, Anwar sememangnya sudah merancang untuk keluar sebentar untuk sekurang-kurangnya menyampaikan amanat atau apa sahaja pesanan kepada pemimpin Pakatan Harapan.

Melihat kepada perkara ini, apa yang diharapkan, pihak Penjara Sungai Buloh, tolonglah berlaku adil kepada para banduan yang lain. Sekiranya Anwar boleh mendapatkan rawatan di luar walaupun hanya disebabkan halusinasinya menyatakan dia sakit, kenapa pula banduan lain tidak mendapat layanan yang sama seperti Anwar? Apa keistimewaan Anwar sehingga pihak penjara membenarkan ANwar keluar untuk mendapatkan rawatan?

Seharusnya, pihak Penjara Sungai Buloh mengambil contoh apa yang berlaku di Korea Selatan di mana pihak penjara tidak membenarkan bekas Presiden negara berkenaan keluar sesuka hatinya. Ini adalah penjara, tempat di mana pesalah menerima hukuman dan belajar dari kesilapan. Jika apa yang berlaku pada Anwar ini di ambil kira, tidak mustahil Anwar tidak akan belajar dari kesilapannya.

Setidak-tidaknya, pihak penjara Sungai Buloh harus bertegas kali ini memandangkan hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk ANwar menjalani hukumannya. Jika dia boleh keluar masuk penjara semahu hatinya, kenapa banduan lain tidak berpeluang menikmati keistimewaan yang dinikmati Anwar?

Comments

comments

Related Post

Secara Tiba-Tiba Mahathir Mendapat Ingatannya Semu...
RCI FOREX : Kenyataan Anwar Pelik & Buktinya…...
RCI Skandal FOREX : Nor Mohamed Yakcop Cuba Selama...
RCI Forex : Apa Pilihan Anwar? Menipu Atau Bercaka...


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...