Get $25 free
loading...

Kami ‘gelongsor’ dari tingkat 3, kata pelajar tahfiz

Danial Borhan, 15, berkata 7 daripada mereka terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

mangsa-terselamatKUALA LUMPUR: Seramai 11 pelajar menyelamatkan diri daripada kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di ibu negara, awal pagi tadi, dengan menggelongsor saluran paip dari tingkat 3 bangunan berkenaan.

Danial Borhan, 15, berkata 7 daripada mereka terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

danial

Danial Borhan.

“Semua mangsa terselamat gelongsor ikut batang paip. Ada lagi 2 orang (lompat) ikut tingkap.

“Saya bangun sekitar 5 pagi dan nampak api itu marak di pintu utama bilik kami. Selain itu, saya terbau gas, tetapi tidak pasti ada objek apa di depan pintu itu yang menyebabkan kebakaran,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Setakat ini, pihak berkuasa mengesahkan 23 pelajar dan 2 warden maut, manakala 6 lagi pelajar dan seorang orang awam cedera dalam dalam kebakaran awal pagi tadi.

Ketika kejadian, seramai 36 pelajar berada dalam sekolah tahfiz 3 tingkat itu.

Danial bagaimanapun terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan rakan lain disebabkan api terlalu marak.

“Kebanyakan yang meninggal ialah pelajar senior yang sudah lama tinggal di sini,” katanya yang baru sebulan belajar di sekolah tahfiz itu.

arif

Mohd Arif.

Sementara itu, seorang kakitangan sekolah tahfiz itu, Mohd Arif, 24, berkata 2 guru yang berada di tingkat 3 maut, manakala 4 lagi guru di tingkat 2 terselamat.

“Saya sedar api mula marak jam 5.30 pagi. Bila sedar, saya mula panggil 4 guru yang berada di tingkat 2, sebab saya berada di aras yang sama.

“Jadi, saya cuba selamatkan berapa ramai pelajar, tetapi tidak boleh sebab api terlalu marak. Kita terpaksa turun sehingga bomba datang.”

Beliau yang baru 7 bulan bekerja di sekolah tahfiz itu berkata, terdapat 2 tong gas di luar bilik tingkat 3 ketika kebakaran berlaku.

Anak saya terjun dari tingkat 3, kata bapa pelajar tahfiz


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...