Get $25 free
loading...

Harga Cengkerik Lebih Mahal Berbanding Emas

Share This:

Menurut pakar kaji selidik haiwan dan serangga Beijing, cengkerik merupakan serangga peliharaan kerabat diraja China sejak ribuan tahun dahulu. 


Memetik laporan Shanghaiist, laga cengkerik antara sukan popular di China yang bukan sahaja di kalangan maharaja malah di kalangan orang awam.


Disebabkan itu juga, nilai serangga itu dikatakan lebih mahal daripada emas di negara tembok besar itu. 


sumber : http://ift.tt/oogiEz

Kini peminat sukan tersebut sanggup membelanjakan sejumlah wang yang tidak masuk akal untuk serangga itu semata-mata mahu menewaskan lawannya.


Bagi meningkatkan harga cengkerik yang ditangkap, serangga itu juga dilatih supaya ia boleh bertarung.


Sidian, sebuah bandar kecil di wilayah Shandong adalah pasar cengkerik terbesar di China dan pada setiap tahun peminat sukan itu berkampung di bandar itu untuk membeli serangga terbaik.


Pada lewat musim panas dan luruh, kawasan sekitar Sidian sibuk siang dan malam dengan penduduk termasuk dari kampung berhampiran mencari cengkerik terbaik.


Pada tahun ini, seorang petani di kampung Caojia menjual seekor cengkerik pada harga 15,000 yuan (RM9,657).

Akhbar tempatan pada 2014 melaporkan, seekor cengkerik dijual pada harga 300,000 yuan (RM193,142) sekali gus menjadi serangga paling mahal dijual di bandar itu.


Oleh kerana penjualan cengkerik yang semakin menguntungkan sejak beberapa tahun lalu, ia telah menyebabkan populasi serangga itu turun secara mendadak di Sidian, China.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...