Bau busuk di Pantai Cacar ,Dungun ,Terengganu membuatkan ramai penduduk di situ tercari-cari akan puncanya petang tadi.
Namun,masih belum terungkai walaupun polis mengambil langkah menggunakan jengkaut bagi mengesan punca bau berkenaan.
Kejadian itu membuatkan salah seorang daripada penduduk disitu membuat laporan polis selepas terganggu dengan bau busuk dari arah pantai berkenaan, yang disangkakan bau mayat, kira-kira jam 5 petang tadi.
Penduduk, Muhamad Noor Hafiz Che Musa, 22, berkata ketika berada di kedai makan milik ibunya, Rohaya Omar, 53, tidak jauh dari kawasan pantai itu, jam 3.30 petang, beliau dan beberapa pelanggan terhidu bau busuk.
“Bau itu membuatkan pelanggan tidak boleh makan. Saya kemudian turun ke arah pantai dan mencari punca bau busuk itu sebelum terjumpa sebuah lubang yang dihurung lalat.
“Saya bersama seorang penduduk cuba menggali lubang terbabit, namun gagal menemui apa-apa dan kemudian menghubungi Balai Polis Paka.
“Kami bimbang ia ada kaitan dengan beberapa kes nelayan hilang di Kuala Dungun yang masih belum ditemui,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub, berkata polis terpaksa menggunakan bantuan sebuah jengkaut untuk menggali lubang dan mengesan bau terbabit di beberapa lokasi.
Sehingga jam 7 malam tadi beliau tidak menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan sebagai punca bau.
Operasi sudah dihentikan dan akan disambung semula pagi esok,” katanya.
-PRU14.TV
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini