Get $25 free
loading...

Apa Yang Ada Di Silicon Valley?

Share This:

Pertemuan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan Presiden Amerika, Donald Trump sebenarnya telah membawa banyak impak terhadap ekonomi Malaysia secara amnya. Manakan tidak, menerusi pertemuan berkenaan, Datuk Seri Mohd Najib telah menyuarakan hasrat untuk menambahkan lagi pelaburan Malaysia ke Amerika dalam banyak segi dan paling utama, pelaburan di Lembah Silikon yang menjadi kebanggaan Amerika.

Mungkin yang ramai tidak memahami, apakah itu Lembah Silikon atau lebih dikenali sebagai Silicon Valley? Ini kerana, dalam pertemuan berkenaan, Datuk Seri Mohd Najib cukup berminat untuk membawa pelabur berpotensi dari Malaysia seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional untuk menambah pelaburan mereka ke Lembah Silikon ini.

Sebenarnya, Silicon Valley ini adalah nama jolokan bagi Daerah Selatan Amerika Syarikat yang merangkumi San Francisco Bay Area, California, San Jose, Santa Clara, Sunnyvale, Palo Alto dan lain-lain lagi. Dengan keluasan seperti ini, ianya ibarat sebagai satu lokasi kawasan penghasilan industri teknologi informasi terbesar di dunia.

Kenapa kawasan ini dipanggil Silicon Valley? Semuanya bermula apabila Ralph Vaerst, seorang pengusaha industri teknologi, telah menggunakan istilah ini bagi menggambarkan betapa pentingnya kawasan ini dalam penghasilan teknologi maklumat. Rakannya, Don Hoefler, turut juga menggunakan nama ini dalam penerbitan rencana mingguan “Silicon Valley in the USA” bermula dari 1971.

Sejak dari itu, kawasan ini menjadi tumpuan buat pemain industri teknologi maklumat sehinggalah kawasan ini akhirnya menempatkan beberapa nama besar dalam industri teknologi maklumat seperti Adobe Systems, Apple Computer, Cisco Systems, eBay, Google, Hewlett-Packard, Intel, Facebook dan Yahoo!.

Apa yang menariknya disini adalah, selain daripada menempatkan pemain-pemain industri teknologi maklumat di satu lembah yang dipanggil sebagai Silicon Valley, disini jugalah tempat menghimpunkan para bijak pandai teknologi maklumat dari serata dunia. Ianya tidak terhad di kalangan warga Amerika semata-mata malah ianya turut menempatkan pelbagai warganegara yang bekerja di semua syarikat mega pemain industri teknologi maklumat.

Selain daripada kewujudan Silicon Valley di Amerika Syarikat, beberapa buah negara juga turut mengambil contoh kewujudan Silicon Valley di negara masing-masing. Lihat sahaja India yang menempatkan pemain teknologi maklumat di Bengaluru yang dikenali sebegai The Silicon Valley of India. Di Jerman pula pusat teknologi maklumatnya terletak di Dresdan.

Indonesia juga tidak ketinggalan apabila menjadikan Motoling sebagai lokasi tumpuan teknologi maklumatnya. Taiwan pula menjadikan Hsinchu Science Park sebagai lokasi tumpuan, Sophia Antipolis menjadi kebanggan Perancis, Wireless Valley diwujudkan di Sweden, Zhong Guan Cun pula lokasi pilihan buat China manakala Multimedia Super Corridor pula adalah kebanggaan Malaysia.

Dunia hari ini bergerak cukup pantas hasil daripada perkembangan teknologi maklumat ini, Justeru, bukan satu perkara yang menghairankan apabila Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak memberi tumpuan khusus untuk membawa pelabur berpotensi negara untuk terus melabur di Silicon Valley, lembah teknologi maklumat terbesar di dunia.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...