Get $25 free
loading...

Tular Gadis Cantik Bawa Traktor

Share This:

Memiliki wajah cantik, setiap apa yang dilakukan pasti akan jadi perhatian masyarakat, lebih-lebih lagi apabila ia tular di laman sosial.

Inilah yang berlaku kepada pembantu tadbir komunikasi korporat di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) yang berniat untuk berkongsi kebolehannya mengendalikan jentera berat di sebuah sawah, tetapi niatnya disalah anggap dan akhirnya dikecam hebat oleh netizen.

Nurul Syifa Mat Dzahid, 22, berkata video yang dimuat naik itu hanyalah satu sesi latihan yang biasanya akan dilakukan oleh kakitangan Mada apabila membuat lawatan tapak.

Namun, siapa sangka netizen tidak berminat untuk melihat bakatnya itu, sebaliknya lebih tertumpu kepada warna kasutnya yang putih kerana tidak tercalit sebarang kotoran walaupun berada di kawasan sawah yang dipenuhi lumpur.

Reaksi netizen selepas menonton rakaman tersebut.

Kata Nurul Syifa, dia tidak menyangka video berkenaan akan mengundang rasa tidak puas hati netizen apabila ada pihak yang berkongsi video tersebut di laman sosial mereka.

“Kasut saya bukannya tidak kotor, masa rakaman tu dibuat, saya naik dari tebing. Sebab itu nampak bersih.

“Tapi kemudian barulah kotor ketika saya hendak turun dari jentera tersebut. Tidak terfikir pula orang akan kecam pasal kasut,” ujarnya sambil berseloroh.

Nurul Syifa ketika mewakili Mada sempena perarakan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos lalu.

Setakat ini, video tersebut sudah mencecah 333,000 tontonan, selain 1,629 perkongsian dan 12,000 likes.

Tambah gadis kelahiran Jitra, Kedah itu lagi, dia agak terkilan apabila ada pihak yang menyifatkan gadis cantik gemar melakukan perkara ‘bodoh’ semata-mata ingin tular di media sosial.

Soal pakaian yang dikenakannya dianggap tidak sesuai ketika membuat latihan tersebut, Nurul Syifa mengakui kesilapannya, menyatakan sudah lumrah golongan wanita suka ‘bersiap-siap’ ketika ingin keluar rumah atau bekerja.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...