Get $25 free
loading...

“Saya Tidak Mahu Simpan Status Ini”-Nurul Zahid

Share This:

Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid selamat bernikah dengan usahawan bernama Datuk Saiful Nizam di kota Mekah. Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Nurul sendiri iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Ini merupakan pernikahan kedua buat Nurul. Bekas suami beliau Allahyarham Syed Alman Zain Syed Alwi meninggal dunia pada 1 Jun 2016.

“Selepas kematian suami (Syed Alman), memang saya mengambil masa untuk bertenang, namun sentiasa terbuka hati untuk berkahwin dan menganggap perkahwinan itu satu ibadah.

“Saya sudah berkahwin sejak usia 23 tahun. Saya melihat perkahwinan ayah dan ibu sebagai contoh yang baik iaitu sekiranya berlandaskan ibadah, ia akan berkekalan dan sentiasa berjalan dengan baik.

“Malah perkahwinan ini juga tidak bermaksud begitu mudah saya melupakan arwah suami, tidak pernah sekali pun saya melupakan dan dia tetap dalam hati ini serta anak-anak.

“Saya ada beritahu suami (Saiful Nizam), dia perlu menerima arwah sebagai sebahagian daripada hidup saya dan dia sendiri,” jelas Nurul.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini juga tidak menyorokkan status bahawa beliau adalah isteri kedua Saiful Nizam. Pasangan ini bertemu Februari lalu.

“Saya tidak mahu menyorokkan status itu. Awalnya saya tidak menyangka dua jodoh saya, apatah lagi selama ini saya kuat berpegang pada prinsip tidak akan berkahwin dengan suami orang. Namun semuanya berlaku dengan pantas dan saya sendiri tidak mampu menolak takdir,katanya.

“Hubungan saya dengan isterinya sangat rapat. Sehinggakan saya anggap isteri pertama sebagai kakak sendiri. Suami menghantar kakak untuk merisik dan dia sendiri yang menyarungkan cincin kepada saya,” cerita Nurul.

Beliau berkata ,”tak semua perempuan bernasib baik seperti kami. Ini adalah salah satu memori yg kami rakamkan selepas selesai acara akad nikah saya dan suami, yang pada mulanya untuk simpanan peribadi kerana takut disalah mengertikan tentang perkongsian berpoligami. Alhamdulillah, saya dijodohkan dengan madu atau kakak yang ikhlas dan memahami dan kakak juga bersyukur akan jodohnya dengan saya yang ‘sekepala’ dengannya.”,katanya.

Percaturan Allah sangat hebat.Sebenarnya peranan suami dalam mendidik isteri amat besar, begitu juga pengalaman diri dan latar belakang keluarga.

Beliau juga tidak sabar untuk berkongsi perjalanan hidupnya dalam berkongsi kasih itu. “Bila saya sendiri melayari bahtera rumahtangga ini bersama suami dan kakak, tak tercapai dek akal atau tidak pernah terlintas bahawa saya mampu membawa diri dan kasih sayang sejauh ini,”katanya dicoretkan menerusi akaun instagramnya.

“Sedikit perkongsian yang saya tidak pernah dedahkan. Perkara pertama atau ayat pertama yg keluar dari mulut sy bila pertama kali berjumpa kakak ,”Kak, maafkan Nurul sebab berkawan dengan suami kakak” (walaupun ketika itu saya dan suami tidak dikategorikan sebagai bercinta dan tidak bercinta lagi)”.kata Datuk Nurul.

“Ikhlasnya, suami memberitahu kakak niat utk memperisterikan saya dan murninya kakak menerima pelawaan saya utk berjumpa empat mata pada ketika itu. Tidak salah jika antara kita (wanita) terlanjur menyayangi lelaki yg sudah berkahwin tetapi kita perlu berbahasa dan tahu bagaimana untuk tidak menambah kelukaan pada sebelah pihak yg sudah tersedia lukanya”,katanya.

Kesimpulannya,beliau memberitahu hormati kasih sayang yang Allah kurniakan dan jangan ‘lokek’ meminta maaf samada wujudnya salah atau tidak.Beliau mengucapkan terima kasih pada suaminya dan madunya kerana sudi menjadikan beliau sebahagian daripada hidup mereka.

Beliau mengingatkan kembali,” ber’bahasa’lah. Ia tidak menjadikan kita miskin malah Allah memberikan kekayaan jiwa pd kita”,nasihat Datuk Nurul Nurulhidayah Ahmad Zahid.

Menerusi akaun instagramnya beliau kelihatan bahagia bersama suami dan madunya.Begitu madunya yang kelihatan sangat akrab bersamanya.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...