Get $25 free
loading...

Kereta Volkswagen Dikatakan Tempat Suspek Layan Gam Masih Terbiar

Share This:

Selepas kesemua tujuh suspek kes khianat membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah ditangkap, tinjauan media ke atas sebuah kereta Volkswagen Sharan VR6 berwarna merah yang dikatakan tempat suspek menghidu gam masih tidak dialih daripada kawasan Taman Tasik Datuk Keramat.

Kelihatan sebanyak empat botol gam berwarna hijau jenama Rubber Cemen berada di dalam kereta tersebut.

Dua daripada botol tersebut berada di bahagian hadapan iaitu di tempat pemandu dan di sebelahnya, manakala dua botol lagi di tempat duduk belakang.

Satu balang kaca juga turut kelihatan dan penutup botol tesebut juga bersepah di bahagian bonet kereta.

Keadaan kereta yang bernombor plat WFJ 268 itu dilihat lama terbiar dengan cermin hadapan dan cermin sisi di sebelah kiri pecah, keempat-empat tayar jenis YOKOHAMA pancit, bumbung di bahagian dalam kereta berlubang-lubang, dan dipenuhi sampah.

Pintu kereta bahagian belakang di sebelah kiri pula telah dikunci dari dalam supaya orang ramai sebelum ini tidak dapat mengesan kegiatan mereka.

Ini kerana pintu kereta di bahagian kiri itu menghadap jalan menuju ke Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, dimana terdapat gerai menjual air soya di sebelah siangnya.

Memetik laporan media sebelum ini, Pengawal keselamatan di tasik rekreasi itu Hamat Zahidin berkata suspek yang membakar pusat tahfiz sehingga mengorbankan 23 nyawa itu juga sering melepak dan menghisap dadah di situ.

“Ada sebuah kereta lama yang ditinggalkan, situ tempat mereka ini sering hisap dadah cuma bila mereka nampak saya mereka akan cuba sembunyikan barang yang mereka hisap,” katanya.

Dalam sidang media oleh Ketua Polis Kuala Lumpur kelmarin memaklumkan daripada tujuh yang ditahan 6 positif dadah jenis ganja.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...