Get $25 free
loading...

Hanya Pengampu, Pentaksub Dan Penipu Sahaja Yang Tinggal Di Dalam PPBM

Share This:

Menjelang setahun penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), sudah cukup banyak masalah yang dihadapi oleh parti ini. Satu persatu menimpa parti yang dianggotai oleh orang-orang yang kecewa dengan UMNO sehinggakan sehingga hari ini, parti berkenaan masih belum benar-benar stabil dan menjadi satu-satunya parti yang masih gagal memberi sumbangan bermakna buat Pakatan Harapan.

Bayangkan, sejak tertubuh parti ini, ianya cuma dianggotai oleh kira-kira 27 ribu orang ahli dengan lebih 2,000 ahli telahpun meninggalkan PPBM sepanjang tahun ini. Lebih memburukkan keadaan, seorang demi seorang pemimpin kanan parti ini juga turut meninggalkan PPBM dengan pelbagai alasan yang ada diantaranya, agak melucukan.

Bermula dengan keengganan “orang kuat” Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang enggan menganggotai parti ini disebabkan tidak memperakui Tan Sri Muhyiddin sebagai Presiden parti, terbaru, Datuk Hamidah Osman, antara perintis penubuhan parti ini juga turut meninggalkan PPBM.

Itu belum lagi mengambil kira “juara” lompat parti, Datuk Ezam Mohd Nor, Pengerusi PPBM Terengganu, Razali Idris, Kamarulazman Habibur Rahman dan yang terkini, pentaksub tegar Mahathir, Anina Saadudin juga turut memilih meninggalkan PPBM. Malah, dalam satu kenyataan, Anina menjelaskan bahawa di dalam PPBM, tidak terdapat sebarang ruang untuk mana-mana ahli menyuarakan pendapat melainkan mengangungkan Mahathir sebagai ketua yang paling agung di dalam parti.

Melihat kepada kenyataan Anina ini, PPBM sebenarnya adalah sebuah parti yang cukup tenat dalam arus politik negara. Manakan tidak, jika diperhatikan, segala jenis sokongan mahupun pergerakan parti, haruslah berkisar kepada “penyucian” Mahathir selaku Pengerusinya. Manakala Presiden parti yang disandang oleh Muhyiddin, hanya dijadikan simbol semata-mata tanpa ada kuasa pemutus.

Malah, penubuhan PPBM itu sendiri secara jelas hanya untuk membolehkan Mahathir melakukan gerak kerjanya untuk menumbangkan Datuk Seri Mohd Najib dan kerajaan yang ada pada hari ini. Disamping itu, Mahathir juga menggunakan PPBM untuk memberi laluan buat anaknya, Datuk Seri Mukhriz mendaki hirarki untuk diangkat sebagai calon Perdana Menteri dari Pakatan Harapan.

Atas sebab itulah Mahathir lebih memilih untuk menjilat semula semua ludahnya dengan berbaik dengan bekas penentangnya iaitu Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dia sudah tidak lagi memperdulikan apa jua tanggapan orang ramai kerana baginya, hanya kuasa mutlak sahaja yang mahu digapainya.

Justeru, melihat kepada sepanjang hampir setahun penubuhan PPBM secara rasminya, ada benar jua kata-kata Anina apabila menggambarkan keadaan sebenar dalaman PPBM. Yang tinggal hanyalah para pentaksub, pengampu dan penipu sahaja di dalam PPBM. Selebihnya, mereka merelakan diri mereka menjadi hamba sahaya buat Mahathir dan kroni-kroninya.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...