Get $25 free
loading...

Himpunan Bantah Politik Toksik Sindir Gaya Politik Toksik Mahathir

Share This:

Himpunan Bantah Politik Toksik yang diadakan petang tadi di Kuala Lumpur sebenarnya diadakan untuk memberi satu sindiran kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi PPBM supaya jangan cuba masuk campur urusan parti pembangkang secara berlebihan.

Program yang diadakan bermula di depan pusat membeli-belah Maju Junction itu cukup singkat dan berlangsung hanya kira-kira sejam setengah sesuatu yang agak pelik untuk program perhimpunan haram yang diadakan oleh puak-puak pembangkang ini. Selain itu, dalam perhimpunan itu langsung tidak ada disebut nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Apa yang diulang-ulang ialah politik toksik dan politik toksik iaitu sesuatu yang Mahathir lakukan ke atas mereka parti-parti pembangkang.

Selama 22 tahun dalam Barisan Nasional (BN) semua parti pembangkang, DAP, PKR dan PAS diherdik, dicerca dan dikritik oleh Mahathir selama bertahun-tahun tapi kali ini dek kerana marahkan Najib dan BN, Mahathir memperalatkan parti pembangkang untuk kepentingannya menjatuhkan Perdana Menteri.

Mahathir muncul di celah pembangkang dengan menubuh parti mentah iaitu PPBM hanya dengan satu kerusi dalam Dewan Rakyat di Parlimen dan beliau berharap mahu jadi ketua dalam PH. Beliau juga ada hati hendak jadi Perdana Menteri kononnya kalau diperlukan oleh PH.

Perhimpunan pada siang hari itu turut dihadiri oleh Mahathir sendiri dan isterinya, Siti Hasmah. Isteri Mahathir itu turut diberi peluang berucap dalam perhimpunan itu.

Mahathir sebenarnya masih mahu jadi Perdana Menteri dan mentadbir negara tetapi menggunakan parti pembangkang untuk mencapai niatnya itu.

Dek strategi umpama toksik itu, Mahathir sudah merosakkan keyakinan penyokong pembangkang dan hubungan antara parti dalam PH sehingga banyak konflik berlaku dalam pakatan pembangkang sehingga nama Anwar yang dicanang sebagai bakal Perdana Menteri terus tenggelam.

Sebab itu mereka beri ruang kepada Siti Hasmah berceramah petang tadi memberikan ruang tetapi hanya sebentar sahaja.

Pada perhimpunan itu, hanya kira-kira 450 orang hadir bermula pukul 5 petang dan ia berakhir pada pukul 6.30 petang.

Mereka hanya mengemukakan tiga tuntutan yang sebenarnya tidak ada kaitan dengan Najib atau BN langsung, satu perkara yang pelik memandangkan yang hadir ialah pemimpin pembangkang antaranya, Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraidah Kamaruddin.

Wakil perhimpunan, Lochna Chandran berkata, bantahan tersebut ditujukan kepada pihak terlibat.

“Kami wanita Malaysia menyuarakan bantahan terhadap politik toksik yang makin berleluasa kini.

“Kami wanita Malaysia membantah perlakuan yang berunsur keganasan, perbuatan ancaman terhadap individu dan sikap berunsur rasis serta seksis.

“Dan kami sebulat suara menolak calon dari mana-mana parti yang menggunakan keganasan dan juga politik toksik,” katanya ketika berucap pada perhimpunan berkenaan.

PKR takut kerana Mahathir sudah tua dan berumur terlalu lanjut jadi jika mahu dihalau dari PH, ia jelas akan melukakan Mahathir selalu bekas Perdana Menteri, Oleh itu, dengan cara ini sahajalah Wan Azizah dan Anwar baru boleh sindir Mahathir dengan mengharapkan Mahathir faham.

Comments

comments

Related Post

Himpunan Anjuran Pakatan Harapan Tiada Makna, Hany...
Mana Pandangan Pemimpin Islam Pembangkang Lain, Di...
PDRM Beri Amaran, Jangan Berucap Dengan Unsur Hasu...
PAS Enggan Hadiri Himpunan 27 Mac Buat Rafizi Bimb...


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...