Get $25 free
loading...

Terengganu For Rohingya,Sekampit Beras Untuk Rohingya

Share This:

Kerajaan Negeri Terengganu hari ini melancarkan Misi Kemanusiaan Terengganu For Rohingya bagi mengumpul dana membantu etnik Rohingya yang berada di kem pelarian Bangladesh.

Ketua Urusetia Misi Bantuan Kemanusiaan Terengganu For Rohingya, Samiun Salleh berkata, kempen yang bertemakan sekampit beras untuk Rohingya yang bermaksud sumbangan wang tunai daripada orang ramai dapat membeli sekampit beras bagi setiap mangsa pelarian.

Tambahnya misi bantuan akan disertai oleh Skuad Sukarelawan TTB (SSTTB), Pemuda dan Puteri UMNO Negeri Terengganu di bawah Penasihat Ahli Jawatankuasa Tertinggi SSTTB YAB Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang juga Menteri Besar Terengganu dan Pengerusi Ahli Jawatankuasa Tertinggi YB Dato’ Rozi Mamat merangkap EXCO Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri.

Beliau memberitahu seramai 50 orang sukarelawan SSTTB dengan kerjasama Medical Relief Society Malaysia (Mercy Malaysia) akan dihantar menyertai penghantaran misi bantuan ke sempadan Bangladesh/ Myammar pada Oktober 2017.

Menurut Samiun, pihak urusetia menyasarkan kutipan derma Terengganu For Rohingya sebanyak RM1 juta di mana RM245,000 sudah berjaya diperoleh setakat ini hasil daripada sumbangan jemaah masjid dan surau seluruh Terengganu.

Tabung SSTTB ini akan digerakkan di Karnival Jom Heboh TV3 pada 29 hingga 30 September ini dan program rasmi kerajaan negeri.

Jumaat lalu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman telah meminta semua masjid dan surau supaya mengadakan solat hajat selepas Solat Jumaat bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan pelarian Rohingya yang kini berjumlah hampir 500,000 orang berada di kem pelarian Bangladesh akibat dizalimi oleh pihak kerajaan Myammar. – Terengganu Times

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...