Get $25 free
loading...

Terenggau Bakal Tampil Dengan Keunikan Produk Di KLIA & KLIA2 Sepanjang Oktober 2017

Share This:

Kerajaan negeri dengan kerjasama Malaysia Aiports Berhad (MAB) akan mengadakan program ‘Joyful Malaysia @KLIA & KLIA2’ yang menyajikan pelbagai pengisian menarik tentang negeri ini pada setiap hujung minggu sepanjang bulan ini.

Program yang julung kali diadakan di dua lapangan terbang antarabangsa itu sempena penganjuran Tahun Melawat Terenggau 2017 bakal menampilkan produk-produk usahawan tempatan, persembahan dan demonstrasi kebudayaan serta pameran destinasi pelancongan tempatan.

Pengarah Jabatan Pelancongan negeri, Tun Ahmad Faisal Tun Abd. Razak berkata, penganjuran acara itu secara tidak langsung dapat menggamit kehadiran lebih ramai pengunjung ke negeri ini berikutan kedua-dua terminal berkenaan menampung puluhan juta pengguna.

Katanya, pihak FAMA pula melalui premis Agrobazaar di lot kedai KLIA2 akan membantu mempromosikan produk-produk usahawan tempatan manakala pihak MAB menyediakan pentas utama dan ruang legar di samping promosi-promosi lain menerusi media cetak, elektronik dan sosial.

“Program dengan warna dan bunyi negeri memberi peluang kepada pengguna di kedua-kedua terminal penerbangan untuk melihat, merasai, mengalami dan menikmati keunikan produk, destinasi pelancongan dan menonjolkan juga kekuatan seni, budaya dan warisan negeri.

Menurut sumber,acara itu akan diadakan bermula Jumaat hingga Ahad setiap minggu iaitu 6 hingga 8 Oktober, 13 hingga 15 Oktober, 20 hingga 22 Oktober dan 27 hingga 29 Oktober.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...