Get $25 free
loading...

Agenda Kristian Mula Bergerak Di Kem Pelarian Rohingya

Share This:

Etnik Rohingya terus sengsara di kem pelarian terutamanya di Kem Balukhali dan Kem Leda di Teknaf, Bangladesh dan amat menyedihkan sehinggakan penghuni kem pelarian berkenaan mula merayu kepada orang luar yang memasuki kem berkenaan bertujuan untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan.

Di sebalik senyuman kanak-kanak etnik Rohingya yang masih mampu tersenyum menyambut ketibaan sukarelawan walaupun keadaan hidup terlalu mendesak,kita tidak tahu kesengsaraan yang mereka lalui sepanjang pelarian itu.

Saya rasa ramai yang tahu tentang saudara Rohingya kita yang sedang berada di kem pelarian Rohingya sempadan Bangladesh-Myanmar.

Sekarang ni dah 480,000 Rohingya di situ… Mereka saudara kita di sana mengikat perut berlapar, tak ada rumah nak tinggal, juga tak dibenarkan keluar dari sempadan kem, tak ada akses belajar, tak ada sumber air elektrik.

Setiap hari pasti akan ada orang Rohingya yang baru tiba kem,selepas mengharungi 3 hingga 4 hari meredah hutan.

Ada juga yang memilih meredah Sungai Naf, jika selamat, sampailah mereka ke kem… Tapi tak ramai yang tahu bahawa di sana, mubaligh Kristian juga bergerak menyampaikan bantuan dan memberi khidmat perubatan.

Bukan baru-baru ini mereka turun ke kem pelarian tetapi sejak tahun 1992 tetapi sudah 25 tahun lamanya,terutamanya gerakan Kristian dari Perancis.

Saya tak nak sebut nama mereka, cuma nak katanya Kristian berusaha dengan sungguh-sungguh membantu umat Islam Rohingya, dan cuba menyebarkan aqidah mereka.

Walaupun usaha mereka dilihat belum berjaya mempengaruhi umat Islam Rohingya, kita tidak pasti usaha mereka akhirnya berbuah hasil pada generasi-generasi anak Rohingya.

Jika kita rasa pelik melihat Kristian laju mencanak selepas 1970 di Sarawak, ia tidak mustahil di Rohingya.

Kita yang namanya ‘UMAT ISLAM’ buat apa?

Biarkan sahaja?

Saya bergerak bersama Yayasan Ikhlas juga menjalankan misi bantuan Rohingya. Kita sedar kekurangan yang diperlukan oleh saudara kita di sana, dan kita juga sedar Yayasan Ikhlas tak boleh buat semua benda,
sebab itu perlu ada kerjasama bersama NGO-NGO lain.

Antara yang kami setuju ialah pembinaan masjid, sekolah dan kemudahan air bersih di dalam kem. Seluruh NGO akan usaha ke arah ini. Dan setakat ini, Yayasan Ikhlas sendiri telah membina 40 unit tubewell dan satu madrasah.

Pastinya agenda ini tidak akan tercapai tanpa sokongan seluruh umat islam.

Malangnya, ada segelintir Muslim pula tergamak mempertahankan agenda DAP hanya kerana mengejar ganjaran dunia yang bersifat sementara.

Justeru,umat islam perlu bersatu untuk membanteras agenda-agenda DAP yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...